Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487832
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Rinaldi (P63758) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:59Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-23 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96944 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487832 | - |
dc.description | Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) guru secara keseluruhan adalah sederhana. Ini mencetuskan persoalan tentang tahap kesediaan penggunaan TMK oleh bakal guru (pelajar Fakulti Pendidikan) di Institusi Pengajian Tinggi Islam yang kerap dianggap tidak celik teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan penggunaan TMK yang meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini turut mengenal pasti perbezaan kesediaan TMK dan pencapaian akademik antara graduan pondok dengan non pondok dan dalam kalangan graduan pondok mengikut faktor demografi. Kajian dijalankan di enam institusi pengajian tinggi Islam di Sumatera Barat. Kajian ini merupakan tinjauan dengan kaedah kuantitatif yang menggunakan satu set instrumen berbentuk ujian pengetahuan dan kemahiran serta soal selidik sikap. Sampel kajian dipilih secara bertujuan yang melibatkan 805 pelajar tahun pertama dan tahun terakhir Fakulti Pendidikan Islam. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 22. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran TMK pelajar adalah sederhana, namun sikapnya adalah tinggi sehingga menjadikan kesediaan TMK adalah sederhana. Hasil analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pencapaian akademik yang signifikan antara pelajar graduan pondok pesantren dengan non-pondok pesantren. Begitu juga dalam kalangan graduan pondok, jantina, jenis pesantren, tahun pengajian, latihan dan pengalaman menggunakan TMK memberi pebezaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pencapaian akademik yang signifikan. Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan dan sederhana (r = 0.42) antara kesediaan TMK dengan pencapaian akademik. Regresi berganda menunjukkan kesediaan TMK memberikan sumbangan 24.2 peratus terhadap pencapaian akademik. Kajian ini diharapkan memberikan maklumat tentang kesediaan TMK pelajar pengajian tinggi Islam di Sumatera Barat. Kajian turut memberikan implikasi kepada pelajar, pemilik pondok pesantren dan Kementerian Agama dalam memajukan pendidikan Islam yang berkualiti dan melahirkan pelajar yang berakhlak karimah serta celik teknologi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Teknologi maklumat dan komunikasi | |
dc.subject | Institusi Pengajian Tinggi Islam | |
dc.subject | Sumatera Barat | |
dc.subject | Akademik | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Kesediaan dan pencapaian akademik pelajar pengajian tinggi Islam di Sumatera Barat terhadap teknologi maklumat dan komunikasi | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 249 | |
dc.identifier.barcode | 002839(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96944+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.