Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487830
Title: | Kompetensi profesional guru-guru sejarah sekolah menengah di Malaysia |
Authors: | Mohd Fauzi Ali (P62744) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Kompetensi Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah menengah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 15-Aug-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru-guru sejarah dalam meningkatkan tahap profesionalisme. Kompetensi guru sejarah yang difokuskan adalah berkaitan pengetahuan dan aplikasi yang melibatkan kandungan kurikulum mata pelajaran sejarah, pedagogi mata pelajaran sejarah, penggunaan alat bantu mengajar, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), penerapan nilai patriotisme dan pemikiran sejarah. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata yang dibahagikan mengikut zon iaitu zon utara, tengah, selatan dan timur yang melibatkan sampel seramai 850 orang guru sejarah sekolah menengah dari Semenanjung Malaysia. Perisian SPSS 22.0 digunakan untuk penganalisisan data yang melibatkan deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dan inferensi melibatkan korelasi, manova dan regresi. Hasil kajian rintis menggunakan Alfa Cronbach menunjukkan semua konstruk dalam kajian ini berada di tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu di antara 0.72-0.80. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru terhadap konstruk kandungan kurikulum sejarah , pemikiran sejarah, patriotisme, bahan bantu mengajar dan TMK adalah berada di tahap sederhana. Bagi konstruk pengetahuan pedagogi sejarah pula berada di tahap yang tinggi. Manakala aspek kompetensi aplikasi guru sejarah keseluruhannya hanya berada di tahap sederhana. Analisis manova menunjukkan sebahagiannya terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kompetensi pengetahuan dan konstruk kompetensi aplikasi berdasarkan jantina, opsyen dan pengalaman mengajar. Bagi analisis regresi hasil kajian mendapati kompetensi pengetahuan pedagogi menyumbang sebanyak 22.3 % dan penerapan nilai patriotisme sebanyak 7.2 % terhadap kompetensi aplikasi guru sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian menunjukkan rata-rata guru sejarah masih lagi kurang berkompetensi untuk mencapai sebagai guru sejarah yang benar-benar profesional. Justeru pelbagai usaha perlu dilaksanakan di pelbagai peringkat sama ada berkaitan dengan latihan, penilaian dan pemantauan perlu dilakukan secara berterusan dalam meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru sejarah di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 292 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96942+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 610.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.