Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487825
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorHani Meryleina Ahmad Mustafa (P53832)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:54Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:54Z-
dc.date.issued2016-08-16
dc.identifier.otherukmvital:96770
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487825-
dc.descriptionPengajaran berintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memerlukan tiga asas pengetahuan iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan. Pengetahuan guru mengenai ketiga-tiga komponen ini dibina sebagai suatu hubungan pengetahuan yang bersilang dan saling melengkapi. Merancang pengajaran berasaskan kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dapat membantu guru menghasilkan pengajaran berintegrasi TMK. Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan guru dalam ketiga-tiga komponen pengetahuan bagi merancang pengajaran berintegrasi TMK dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Pemilihan sampel kajian terdiri daripada populasi guru yang mengajar mata pelajaran KHB di Semenanjung Malaysia. Kaedah pensampelan rawak berstrata dijalankan bagi mendapatkan sampel kajian seramai 432 orang guru KHB. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data dengan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang terdiri daripada soal selidik PTPK, kepercayaan guru, gaya pengajaran guru, dan integrasi TMK adalah antara 0.70 hingga 0.91. Data dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif melibatkan pengukuran kekerapan, min, sisihan piawai dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan analisis korelasi Pearson, MANOVA dan regresi berganda pada aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan tahap PTPK guru KHB berada pada tahap sederhana. Faktor pengalaman mengajar, pengalaman menggunakan komputer dan kursus TMK yang dihadiri didapati memberi kesan dan pengaruh yang signifikan ke atas tahap PTPK guru KHB. Selain dari itu, kepercayaan guru dan gaya pengajaran guru didapati memberi sumbangan yang positif dan signifikan terhadap PTPK. Kajian juga mendapati PTPK mempunyai hubungan positif yang sederhana teguh dan signifikan terhadap pengintegrasian TMK. Justeru, guru KHB dikategorikan sebagai Penerima dan mereka melaksanakan pengajaran berintegrasi TMK dengan tahap sederhana. Kajian ini memberi input mengenai variasi komponen pengetahuan dalam PTPK dan perancangan pengajaran berintegrasi TMK. Seterusnya kajian ini mencadangkan Kerangka Integrasi TMK-PTPK untuk digunakan oleh guru dalam merancang pengajaran berintegrasi TMK yang efektif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengintegrasian
dc.subjectKemahiran Hidup Bersepadu
dc.subjectPengajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleHubungan amalan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK), gaya pengajaran dan kepercayaan guru Kemahiran Hidup Bersepadu
dc.typeTheses
dc.format.pages287
dc.identifier.barcode002788(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96770+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
418.62 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.