Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487822
Title: | Kesan model Jigsaw II terhadap kemahiran komunikasi, sikap dan pencapaian akademik dalam mata pelajaran Ekonomi |
Authors: | Nazaruddin (P48119) |
Supervisor: | Muhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr. |
Keywords: | Pembelajaran Ekonomi Komunikasi Sikap Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 9-Feb-2016 |
Description: | Tujuan kajian ini meninjau kesan strategi pembelajaran koperatif model Jigsaw II berbanding dengan kaedah tradisional terhadap kemahiran berkomunikasi, sikap dan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran ekonomi dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Aceh. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan perubahan sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran ekonomi yang dipengaruhi oleh pendapatan keluarga. Selain itu juga untuk menilai persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ekonomi. Seramai 60 orang pelajar kelas XI dari sebuah sekolah di Aceh dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini, 30 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kaedah pembelajaran koperatif model Jigsaw II manakala 30 orang pelajar lagi mengikuti kaedah pembelajaran tradisional. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik, ujian pencapaian dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran. Hasil kajian rintis, nilai Alfa Cronbach bagi semua konstruk kemahiran berkomunikasi dan sikap terhadap ekonomi berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.848 dan 0.817. Pencapaian pelajar dalam kursus ekonomi diukur melalui satu ujian esei yang dijana oleh pengkaji dan mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang sesuai. Rekabentuk kajian ini ialah Kuasi Eksperimen dengan rekabentuk Ujian Pra dan Ujian Pos. Kaedah Kuasi Eksperimen dijalankan dengan satu kelas dipilih secara rawak untuk dijadikan Kumpulan Eksperimen dan satu kelas lagi dijadikan Kumpulan Kawalan. Selepas empat belas minggu rawatan dijalankan, kedua-dua kumpulan diberi Ujian Pos. Dapatan kajian daripada Ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan untuk kemahiran berkomunikasi pelajar, sikap terhadap ekonomi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Penganalisisan data dengan kaedah analysis of variance (ANOVA) menunjukkan pencapaian ujian pos kumpulan eksperimen lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Ini menandakan bahawa penggunaan strategi pembelajaran koperatif model Jigsaw II dalam tempoh kajian ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Pembelajaran Koperatif model Jigsaw II mampu menjadi model dalam pengajaran dan pembelajaran ekonomi untuk meningkatkan pencapaian pelajar, sikap yang positif terhadap ekonomi dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar di Aceh. Kajian ini juga menunjukkan beberapa implikasi model Jigsaw II berbanding dengan pendekatan tradisional yang berpusat pada guru. Adalah terdapat pertalian yang kuat dan signifikan antara pembolehubah yang dipilih dengan tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi seterusnya situasi ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi prestasi akademik dalam mata pelajaran Ekonomi sekolah menengah di Aceh.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 266 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96767+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 432.62 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.