Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487819
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoor Habibah Kaderan (P36755)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:51Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:51Z-
dc.date.issued2016-03-26
dc.identifier.otherukmvital:96764
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487819-
dc.descriptionKokurikulum adalah komponen pembelajaran yang penting dalam usaha untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, emosi dan mempertingkatkan nilai murni mereka. Berasaskan kepada kepentingan kegiatan ini kepada murid, pengetua mempunyai peranan yang penting dalam memastikan setiap aktiviti dapat dijalankan dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti dan menghuraikan peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum dari elemen merancang, mengelola, memimpin dan mengawal terhadap komponen manusia, fizikal dan kewangan. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes atau pelbagai kes (multiple case) dan kajian pelbagai tempat (multisite study) yang melibatkan tiga buah sekolah cemerlang kokurikulum di Malaysia. Sebanyak 15 subjek kajian telah dipilih yang terdiri daripada pengetua, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru, murid dan ibu bapa. Pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dengan menggunakan Jadual Matriks Senarai Semak serta perisian Nvivo version 8.0.161 keluaran QSR International. Dapatan kajian menunjukkan pengetua telah mengaplikasi dengan baik elemen merancang, mengelola, memimpin dan mengawal dalam proses pengurusan kokurikulum. Beliau telah merancang kegiatan ini menggunakan panduan yang lengkap, bekerja secara berpasukan, membuat agihan tugas guru berdasarkan kemahiran dan unit murid mengikut kecenderungan. Selain itu, beliau juga memberikan komitmen yang tinggi dalam proses mengelola iaitu menyediakan keperluan fizikal yang lengkap dan mewujudkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat. Sebagai pemimpin kokurikulum, beliau sentiasa memberikan dorongan, motivasi, menjaga kebajikan dan mempunyai strategi kepimpinan yang hebat. Pengetua juga membantu proses mengawal kegiatan ini dengan menggunakan medium pemantauan dan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap aktiviti, kemudahan asas dan peralatan. Selain itu, beliau juga telah mengaplikasi rangka kepimpinan sumber manusia, struktural, simbolik dan politik dalam pengurusannya. Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengkaji telah menyenaraikan amalan-amalan terbaik pengetua yang boleh digunakan sebagai panduan dalam pengurusan kokurikulum di sekolah. Implikasi kajian terhadap teori telah menunjukkan muncul beberapa ciri baharu dari aspek merancang, mengelola dan memimpin yang merupakan penambahbaikan kepada teori pengurusan sedia ada. Kajian juga telah membuktikan bahawa gabungan teori pengurusan dan rangka kepimpinan mampu menghasilkan pengurusan kokurikulum yang mantap di sekolah kes kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri persamaan. Kesimpulannya, peranan pengetua yang mantap dan menyeluruh dalam pengurusan kokurikulum adalah penentu kepada kejayaan kegiatan ini di sekolah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKokurikulum
dc.subjectPengetua
dc.subjectSekolah menengah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePeranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum sekolah menengah di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages393
dc.identifier.barcode002782(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96764+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
240.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.