Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487814
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Zetty Nurzuliana Rashed (P63983) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:48Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:48Z | - |
dc.date.issued | 2016-12-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96760 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487814 | - |
dc.description | Kajian pengintegrasian ilmu sains dan al-Quran (SQ) dalam pengajaran Pendidikan Islam ini amat berkait rapat dengan amalan ajaran Islam itu sendiri. Ia mempunyai impak yang signifikan dalam membentuk perwatakan dan sahsiah murid ke arah memahami al-Quran dan melahirkan generasi al-Quran. Hal ini kerana guru Pendidikan Islam bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu malah berperanan melahirkan murid yang mempunyai potensi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu pengetahuan iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman guru tentang konsep dan kepentingan pengintegrasian ilmu SQ; perlaksanaan pengintegrasian ilmu SQ; faktor-faktor yang mendorong integrasi ilmu SQ dilaksanakan dan kekangan dalam melaksanakannya. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif deskriptif, data diperoleh melalui temu bual semi struktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. 7.5.7. Seramai empat orang guru Pendidikan Islam di dua buah maahad tahfiz sains negeri Selangor telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Kajian mendapati guru-guru mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep dan kepentingan pengintegrasian ilmu SQ, serta dapat mengintegrasikan SQ dalam pengajaran mereka dengan menggunakan strategi berpusatkan guru dan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Pengintegrasian ilmu SQ ini perlu dilaksanakan sebagai mekanisme pembentukkan budaya berfikir murid di samping meningkatkan profesionalisme guru. Dapatan juga menunjukkan terdapat juga faktor-faktor yang mendorong perlaksanaan integrasi ilmu SQ ini antaranya faktor diri sendiri, galakkan dari pentadbir sekolah, rakan sekerja, persekitaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun peserta kajian menyatakan bahawa masih terdapat kekangan dalam mengintegrasikan ilmu SQ dalam pengajaran mereka kerana kurangnya latihan, kekangan masa, sikap guru yang kurang membaca, kurang kemahiran dan pengetahuan terhadap ilmu integrasi dan pedagogi kandungan. Kajian ini telah menghasilkan satu kerangka konseptual pengajaran Pendidikan Islam berasaskan integrasi ilmu sains dan al-Quran yang mengikut keperluan dan kehendak arus perdana.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengintegrasian | |
dc.subject | Pendidikan Islam | |
dc.subject | Sains | |
dc.subject | Al-Quran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Amalan pengintegrasian ilmu sains dan al-Quran dalam pengajaran Pendidikan Islam di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 437 | |
dc.identifier.barcode | 002777(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96760+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 525.57 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.