Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487812
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRozaiman Makmun (P59205)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:47Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:47Z-
dc.date.issued2015-09-17
dc.identifier.otherukmvital:96758
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487812-
dc.descriptionIsu semasa dalam pendidikian KM di Brunei Darussalam sering berkisar tentang prestasi lemah dan sikap negatif pelajar terhadap subjek KM. Isu ini berkaitan pula dengan pengetahuan guru terhadap kandungan subjek dan amalan proses P&P. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri pengetahuan TPPK guru Kesusasteraan Melayu (KM) dan amalan berkesan penerapan pengetahuan tersebut dalam P&P di Brunei Darussalam. Ciri pengetahuan ditentukan dengan melakukan analisis terhadap komponen TPPK, iaitu teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan yang diamalkan oleh guru berlainan latar pendidikan dan pengalaman. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian pelbagai kes. Manakala teknik pengumpulan data ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Persampelan bertujuan telah digunakan dan peserta kajian yang terpilih terdiri daripada dua guru novis; dua guru berpengalaman empat hingga sembilan tahun; dan dua guru berpengalaman lebih 10 tahun. Pemerhatian di bilik darjah telah dilaksanakan bermula pada Mei hingga November 2013, di samping meneliti pelbagai dokumen berkaitan dan temu bual bersama peserta kajian dan pelajar. Data yang berjaya dikumpul dianalisis secara perbandingan berterusan sehingga ke tahap penepuan data. Perisian Nvivo 8 turut digunakan bagi menyaring, mengekod dan mengkategori data serta menghasilkan tema dan pola yang mampu menggambarkan fenomena yang dikaji. Dapatan kajian berjaya mengenal pasti ciri pengetahuan TPPK guru peserta kajian yang terangkum di bawah 52 tema yang telah disahkan oleh pakar. Proses P&P yang menjadi amalan peserta kajian juga berjaya dikenal pasti, khususnya segmen P&P; dan proses penyampaian tajuk atau aspek kajian utama KM. Fungsi segmen P&P telah menunjukkan kepentingan bantuan dan tindakan guru pada sepanjang proses P&P. Segmen tersebut terbahagi kepada empat, iaitu segmen pembukaan dan induksi set; segmen langkah penyampaian; segmen pentaksiran dan refleksi; serta segmen penutupan P&P. Selain itu, amalan penyampaian kandungan subjek menunjukkan bahawa perlunya pelajar didedahkan terlebih dahulu kepada konsep berkaitan melalui penyampaian tajuk tentang pengenalan, matlamat, definisi, ciri, bentuk, fungsi atau tujuan setiap genre KM. Kefahaman konsep ini kemudiannya diperkukuh dengan bimbingan guru dalam melaksanakan penelitian dan perbincangan terhadap aspek kajian KM secara berurutan dan sistematik. Aspek kajian KM yang dimaksudkan antaranya ialah struktur, bentuk, isi, teknik penceritaan, teknik penulisan, gaya bahasa dan sebagainya. Ciri pengetahuan TPPK guru KM yang berfungsi di fasa perancangan, perlaksanaan dan refleksi P&P juga telah dikenal pasti dan dirumuskan sebagai berlaku secara tergabung atau eklektik. Dapatan kajian melalui temu bual bersama pelajar juga menunjukkan bahawa ciri amalan pengetahuan TPPK tertentu mampu memberikan kesan terhadap kesediaan dan prestasi pelajar. Akhirnya pola berkaitan ciri pengetahuan TPPK; amalan proses P&P; dan penerapan pengetahuan TPPK pada fasa perancangan, perlaksanaan dan refleksi P&P telah dirumuskan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKesusasteraan Melayu
dc.subjectTeknologi
dc.subjectPedagogi
dc.subjectPengetahuan kandungan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleTeknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan guru dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu
dc.typeTheses
dc.format.pages389
dc.identifier.barcode002775(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96758+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
189.19 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.