Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487803
Title: | Pembinaan program berkomputer untuk pengajaran kemahiran bahasa arab peringkat permulaan untuk bukan penutur Arab |
Authors: | Jad Firdaws Ahmad Muhammad |
Keywords: | Arabic language-Study and teaching-Computer-assisted instruction |
Issue Date: | 2013 |
Description: | Senario pengajaran bahasa Arab menyaksikan kekurangan program yang dapat membantu pengajaran bahasa tersebut, sedangkan resolusi persidangan dan cadangan daripada majalah berwasit banyak memperkatakan perihal pentingnya membina dan mereka bentuk program berkomputer yang dapat membantu memperkembangkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu program berkomputer untuk pengajaran Kemahiran Bahasa Arab peringkat permulaan dengan mengenalpasti hasil pencapaiannya. Kajian ini menggunakan dua metode; iaitu: metode deskriptif dan metode kuasi-eksperimen. Soal selidik telah digunakan untuk meneliti, mengikuti perkembangan dan mengenalpasti keperluan berdasarkan laporan soalselidik 'Atifah 2002 yang telah diubahsuai. Manakala untuk menilai program, standard pengaplikasian inovasi teknologi untuk silibus elektronik Ismail 2009 pula digunakan. Satu program telah dihasilkan melalui teori reka bentuk pengajaran Reigeluth 2009 untuk pengajaran huruf bahasa Arab melalui kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan latihan melalui interaktif elektronik dengan berbantukan lagu dan permainan. Kesahihan program yang telah dicadangkan telah disahkan dengan menggunakan soalselidik terhadap pakar dengan purata 4.5. Pengkaji menguji program tersebut ke atas sampel pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam. Kajian ini telah membuktikan bahawa program yang dicadangkan telah meningkatkan tahap pencapaian pelajar kumpulan eksperimen, interaksi mereka dengan program dan penyertaan mereka dalam proses pendidikan. Di samping itu, pengkaji mencadangkan penggunaan alat teknologi moden untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing pada pelbagai tahap. Kajian semula kurikulum dan program untuk pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing juga perlu untuk meningkatkan pembelajaran secara kendiri dan kolaboratif, di samping memberikan latihan kepada guru berkaitan peralatan teknologi moden.,PhD / Doktor Falsafah |
Pages: | 297 |
Call Number: | PJ6065.J335 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84740+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.