Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487800
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoriah Mohd Ishak, Prof. Datuk Dr.-
dc.contributor.authorTengku Elmi Azlina Tengku Muda (P54826)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:39Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:39Z-
dc.date.issued2015-06-02-
dc.identifier.otherukmvital:83137-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487800-
dc.descriptionKajian kuantitatif ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri profesionalisme ketua guru bimbingan dan kaunseling. Pembolehubah yang dilihat ialah: yang kecerdasan emosi, kepimpinan dan kepuasan kerja. Seramai 168 orang ketua guru bimbingan dan kaunseling yang berkhidmat di sekolah menengah di Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan menggunakan tiga jenis instrumen; Inventori kepintaran emosi Malaysia-dewasa (IKEM-MEQI), Malaysian Leadership Audit Trail Inventory-Adult (MLATI), dan "Job Descriptive Index". Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan statistik deskriptif (min dan peratusan). Dapatan kajian menunjukkan, ketua guru bimbingan dan kaunseling memperolehi peratus skor yang tinggi bagi tujuh domain kecerdasan emosi (Kesedaran Kendiri, Regulasi Kendiri, Motivasi Kendiri, Empati, Kemahiran Sosial, Kerohanian dan Kematangan). Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati ketua guru bimbingan dan kaunseling mempunyai peratus skor yang sederhana pada subdomain kecerdasan emosi. Sub-domain tersebut melibatkan komponen membantu orang lain, kesedaran politik, pemangkin perubahan, membina hubungan, kolaborasi, kerja berpasukan dan komunikasi. Analisis keseluruhan tahap kecerdasan emosi ketua guru bimbingan dan kaunseling berada di tahap yang tinggi. Dapatan kajian berkaitan kepimpinan bagi ketua guru bimbingan dan kaunseling pula didapati mempunyai peratus skor yang tinggi bagi komponen Model Strategi Perkhidmatan dan Kepimpinan. Namun demikian bagi komponen Penempatan, Penilaian dan Penghormatan, Penglibatan dan Pengekalan, Membina kepimpinan, Rekrut, Hubungan dengan penimbangtara/ Stakeholder didapati berada pada tahap sederhana. Analisis keseluruhan tahap kepimpinan ketua guru bimbingan dan kaunseling juga berada di tahap yang sederhana. Seterusnya dapatan kajian tahap kepuasan kerja menunjukkan bahawa komponen situasi pekerjaan sekarang dan rakan sekerja menunjukkan tahap yang tinggi manakala komponen gaji, peluang kenaikan pangkat dan penyeliaan berada pada tahap yang sederhana. Komponen pekerjaan sampingan menunjukkan tahap yang rendah. Analisis MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan emosi, kepimpinan dan kepuasan kerja berdasarkan faktor jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman. Nilai Korelasi Pearson r menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan kepimpinan, kecerdasan emosi dengan kepuasan kerja dan kepimpinan dengan kepuasan kerja. Sumbangan kecerdasan emosi dan kepimpinan juga turut dikaji. Hasil analisis analisis regression berganda menunjukkan bahawa aspek motivasi kendiri menjadi faktor penyumbang kepada kepuasan kerja, manakala aspek Strategi Perkhidmatan dan model Kepimpinan, Membina kepimpinan dan Hubungan dengan penimbang Setara/stakeholders dalam komponen kepimpinan menjadi faktor penyumbang kepada kepuasan kerja dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling. Implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan turut dibincangkan.,Ph. D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTeacher participation in educational counseling-
dc.titleKecerdasan emosi, kepimpinan dan kepuasan kerja dalam kalangan ketua guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages342-
dc.identifier.callnoLB1027.5.T368 2015-
dc.identifier.barcode001806-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83137+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.