Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487796
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lilia Hali, Prof Dr. | |
dc.contributor.author | Norshariani Abd. Rahman (P53855) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:38Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:38Z | - |
dc.date.issued | 2015-10-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83133 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487796 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan menentukan tahap, perbezaan serta sumbangan pemboleh ubah peramal (pengetahuan terhadap alam sekitar, faktor dalaman dan persekitaran) terhadap tingkah laku penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar Orang Asli yang berbeza peringkat persekolahan, jantina dan suku kaum. Pengetahuan terhadap alam sekitar yang dikaji dalam kajian ini ialah pengetahuan alam sekitar dan pengetahuan tindakan alam sekitar. Faktor dalaman pula merangkumi elemen sikap, tanggungjawab peribadi, dan kepercayaan manakala elemen faktor persekitaran pula ialah pengaruh sosial, sumber maklumat dan kemudahan pengurusan alam sekitar. Kajian tinjauan ini menggunakan ujian pengetahuan dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 240 pelajar Orang Asli sekolah rendah dan 195 orang pelajar Orang Asli sekolah menengah rendah di negeri Pahang. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, MANOVA, ANOVA dan model persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap pengetahuan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar Orang Asli berada pada tahap yang baik. Tahap faktor dalaman berkaitan alam sekitar pula berada pada tahap yang tinggi manakala faktor persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku penjagaan alam sekitar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Walau bagaimanapun, tingkah laku penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar Orang Asli berada pada tahap yang sederhana rendah. Pelajar sekolah menengah dan pelajar dari suku kaum Melayu Proto mempunyai pengetahuan terhadap alam sekitar yang lebih tinggi. Dari aspek faktor dalaman, pelajar sekolah menengah dan suku kaum Melayu Proto mempunyai sikap dan tanggungjawab peribadi yang lebih tinggi mengenai alam sekitar. Kesan interaksi antara peringkat persekolahan dengan suku kaum juga menyumbang kepada pembentukan sikap dan tanggungjawab peribadi pelajar Orang Asli. Bagi faktor persekitaran pula, pelajar sekolah menengah lebih dipengaruhi oleh sumber maklumat dalam menunjukkan tingkah laku. Pelajar dari suku kaum Melayu Proto lebih dipengaruhi oleh pengaruh sosial, sumber maklumat dan kemudahan dalam menunjukkan tingkah laku. Interaksi antara peringkat persekolahan dan suku kaum turut menyumbang kepada persepsi mengenai pengaruh sosial. Tingkah laku pula adalah sama antara pelajar yang berlainan peringkat persekolahan, jantina dan suku kaum. Hasil analisis model persamaan berstruktur menunjukkan bahawa pemboleh ubah peramal (pengetahuan, sikap, tanggungjawab peribadi, kepercayaan, pengaruh sosial, sumber maklumat dan kemudahan) menyumbang sebanyak 44% ke atas tingkah laku penjagaan alam sekitar. Faktor yang paling menyumbang kepada tingkah laku penjagaan alam sekitar ialah pengaruh sosial dan kepercayaan, diikuti dengan kemudahan, sikap serta tanggungjawab peribadi. Pengetahuan tidak menyumbang secara terus kepada tingkah laku sebaliknya menjadikan sikap sebagai pemboleh ubah perantara. Faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku perlu diberi perhatian dalam perancangan pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli ke arah kelestarian alam sekitar.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Students-Attitudes | |
dc.title | Faktor pengetahuan, dalaman dan persekitaran terhadap tingkah laku penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar orang asli yang berkebolehan membaca di negeri Pahang | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 235 | |
dc.identifier.callno | LB3605.N646 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001802 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83133+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.