Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487784
Title: Pembangunan dan pengujian prototaip pembelajaran mobile berasaskan prestasi (MOBICAD) dalam kursus reka bentuk berbantu komputer (CAD) / c Irwan Mahazir bin Ismail.
Authors: Irwan Mahazir Ismai (P59245)
Supervisor: Norazah Mohd Nordin,Prof. Dr
Keywords: Mobile communication systems in education.
Mobile communication systems in education
Multimedia systems
Education-Effect of technological innovations on
Issue Date: 24-Aug-2015
Description: Penyelesaian masalah merupakan elemen yang penting dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) merupakan kursus PTV yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah yang baik dan memerlukan bahan pembelajaran yang berkesan seiring perkembangan teknologi terkini. Model Berasaskan Prestasi merupakan model yang dinamik dan sensitif kepada perubahan teknologi. Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Prototaip Pembelajaran Mobile Berasaskan Prestasi (MobiCAD) dalam kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar di politeknik. Kajian ini terbahagi kepada dua fasa, iaitu fasa pembangunan dan fasa penilaian. Bagi fasa pembangunan MobiCAD di bangun menggunakan model ADDIE bagi merancang pembangunan dan mengintegrasikan dua model iaitu Model Berasaskan Prestasi serta Model Penyelesaian Masalah dengan menerapkan teori konstruktivis dan teori pembelajaran mobile. Bagi fasa penilaian pula, MobiCAD dinilai dari aspek penyelesaian masalah, aktiviti MobiCAD dan Strategi Berasaskan Prestasi berdasarkan gaya pembelajaran pelajar politeknik dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, protokol temu bual dan prototaip MobiCAD. Pemilihan sampel dilakukan dengan kaedah rawak berdasarkan gaya pembelajaran pelajar yang terdiri daripada 60 orang pelajar yang mengambil kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer di politeknik. Analisis data yang digunakan ialah statistik deskriptif dan analisis kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan tahap tinggi terhadap penyelesaian masalah, aktiviti dan strategi pembelajaran berasaskan prestasi terhadap kebolehgunaan MobiCAD bagi pelajar politeknik. Namun data kualitatif menunjukkan setiap kumpulan mempunyai kecenderungan berbeza bagi memilih aktiviti pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Ini menunjukkan MobiCAD mampu menyediakan bahan pembelajaran yang baik serta pelajar mampu memilih aktiviti yang bersesuaian kepada keperluan pelajar berdasarkan Strategi Berasaskan Prestasi dan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penerapan model pembelajaran berasaskan prestasi dan model penyelesaian masalah ke dalam bentuk mobile. Bahan sokongan yang dibangunkan terhadap kursus Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) melalui Menu dan aktiviti mobile memberi kesan yang positif dan sesuai bagi diaplikasikan sebagai pembelajaran alternatif kelak. Sumbangan keseluruhan kajian ini adalah terhadap pembangunan prototaip MobiCAD yang membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah pelajar di politeknik dan instrumen kajian.,PhD / Doktor Falsafah
Pages: 198
Call Number: LB1044.84.I796 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83031+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.