Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487783
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi bin Zakaria, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorPardimin (P52480)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:31Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:31Z-
dc.date.issued2015-01
dc.identifier.otherukmvital:82258
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487783-
dc.descriptionKajian tinjauan ini bertujuan untuk menentukan model konstruk prestasi kerja guru matematik. Kajian ini juga menentukan model struktural prestasi kerja guru matematik. Selain itu, kajian ini juga ingin menentukan prestasi kerja guru matematik yang bertauliah sama ada lebih baik berbanding dengan yang belum bertauliah. Sampel terdiri daripada 306 orang guru matematik SMP Negeri di DIY yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak seimbang. Pengumpulan data dilakukan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert dan telah diuji sehingga mempunyai bukti kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai. Teknik analisis data SEM menggunakan LISREL 8.80 dan Ujian-t juga digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan model struktural prestasi kerja guru matematik dapat dibina oleh pengetahuan, sikap, kecekapan, kepercayaan dan pensijilan guru matematik. Prestasi kerja guru matematik merupakan pemboleh- ubah endogen yang dipengaruhi oleh pengetahuan, sikap, kecekapan, kepercayaan dan pensijilan guru matematik. Kepercayaan berpengaruh langsung terhadap prestasi kerja guru matematik. Kecekapan berpengaruh langsung mahupun tak langsung melalui kepercayaan. Pengetahuan berpengaruh langsung mahupun tak langsung melalui kecekapan dan kepercayaan. Sikap, tak berpengaruh langsung mahupun tak langsung melalui kecekapan, tetapi berpengaruh tak langsung melalui kepercayaan terhadap prestasi kerja guru matematik. Pensijilan, didapati prestasi kerja guru matematik yang bertauliah lebih baik berbanding yang belum bertauliah. Pengukuran pemboleh- ubah menggunakan beberapa konstruk yang secara konseptual mampu merefleksikan. Prestasi kerja guru matematik dapat direfleksikan oleh konstruk rancangan pembelajaran, prosedur pembelajaran dan hubungan antara peribadi. Pengetahuan guru matematik dapat direfleksikan oleh konstruk konsep matematik, hubungan dengan matapelajaran lain, ilmu pendidikan dan kurikulum, pengurusan kelas, mengajar dan pendidikan. Sikap guru matematik dapat direfleksikan oleh konstruk sikap guru terhadap matematik dan sikap guru terhadap pembelajaran matematik. Kecekapan guru matematik dapat direfleksikan oleh konstruk kecekapan pedagogi, profesional, keperibadian dan sosial. Kepercayaan guru matematik dapat direfleksikan oleh konstruk kepercayaan terhadap ilmu dan pendidikan matematik, serta kepercayaan diri sebagai guru dalam pembelajaran matematik. Berdasarkan hasil kajian tersebut, maka dicadangkan kepada para pengambil dasar, khususnya dalam meningkatkan prestasi kerja guru matematik, harus meningkatkan pengetahuan, sikap, kecekapan dan kepercayaan guru matematik. Dasar tentang pensijilan guru bahawa guru harus memiliki pensijilan harus dipertahankan dan disempurnakan dan dicadangkan juga perlu melibatkan pengetahuan, sikap, kecekapan dan kepercayaan guru,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMathematics -Study and teaching-Indonesia.
dc.titleModel faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja guru matematik SMP negeri di daerah istimewa Yogyakarta (DIY)
dc.typeTheses
dc.format.pages288
dc.identifier.callnoQA14.I5 M634 2015
dc.identifier.barcode001762
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82258+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.