Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487780
Title: Pengaruh efikasi kendiri dan faktor persekitaran terhadap kualiti guru Pendidikan Islam sekolah menengah kebangsaan
Authors: Noornajihan Jaafar (P61674)
Supervisor: Ab. Halim Tamuri, Prof. Madya Dato Dr.
Keywords: Muslim teachers -- Malaysia
Issue Date: 26-Dec-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi tahap efikasi kendiri (EK), tahap kualiti sebagai murabbi dan faktor persekitaran guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah menengah kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Kajian perbezaan terhadap ketigatiga pemboleh ubah berdasarkan beberapa faktor demografi terpilih turut dijalankan. Kajian juga bertujuan menilai hubungan antara tempoh pengalaman mengajar dengan EK dan kualiti sebagai murabbi GPI serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dengan kualiti sebagai murabbi GPI. Selain itu, kajian juga bertujuan menganalisis sumbangan EK dan faktor persekitaran yang menyumbang kepada kualiti sebagai murabbi GPI. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik merupakan instrumen utama kajian. Selain itu, pendekatan kualitatif turut digunakan dalam kajian ini sebagai triangulasi, menggunakan dua instrumen, iaitu protokol temu bual GPI dan protokol temu bual rakan GPI. Teknik pensampelan kelompok atas kelompok dan rawak berstrata digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 544 orang GPI yang mewakili populasi seramai 8562 orang GPI di SMK semenanjung Malaysia. Manakala seramai 12 orang GPI dan 12 orang rakan GPI pula terlibat sebagai peserta kajian bagi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan EK GPI berada pada tahap sangat tinggi (min=4.32); kualiti sebagai murabbi GPI berada pada tahap cemerlang (min=4.32); dan faktor persekitaran GPI adalah pada tahap baik sahaja (min=3.95). Analisis MANOVA pula menunjukkan tiadanya perbezaan EK dan faktor persekitaran berdasarkan jantina. Namun, terdapat perbezaan yang kecil bagi pemboleh ubah kualiti sebagai murabbi berdasarkan jantina, iaitu GPI lelaki (min=4.41) mendahului GPI perempuan (min=4.29). Manakala faktor lokasi sekolah pula tidak memberikan sebarang perbezaan kepada ketiga-tiga pemboleh ubah. Selain itu, faktor kekerapan menyertai latihan dalam perkhidmatan (LDP) juga tidak memberikan perbezaan kepada kualiti sebagai murabbi GPI. Analisis Pearson pula menunjukkan terdapatnya korelasi yang lemah dan positif antara tempoh pengalaman mengajar dengan EK (r=0.098) dan kualiti sebagai murabbi GPI (r=0.138). Selain itu, korelasi yang sederhana dan positif antara EK (r=0.619) dan faktor persekitaran (r=0.527) dengan kualiti sebagai murabbi GPI. Manakala analisis regreasi pelbagai langkah demi langkah (step wise) menunjukkan kesemua empat aspek EK GPI merupakan faktor peramal kepada kualiti sebagai murabbi GPI dengan menyumbang sebanyak 34.2 % perubahan varians bagi kualiti sebagai murabbi GPI. Manakala, empat sahaja daripada lapan aspek faktor persekitaran merupakan faktor peramal kepada kualiti sebagai murabbi GPI dengan menyumbang sebanyak 31.0% perubahan varians bagi kualiti sebagai murabbi GPI. Namun, apabila EK dan faktor persekitaran digabungkan, didapati hanya tujuh daripada 12 pemboleh ubah peramal menjadi faktor peramal kepada kualiti sebagai murabbi GPI dengan menyumbang sebanyak 45.5 % perubahan varians bagi kualiti sebagai murabbi GPI. Kajian ini juga dilihat memberi implikasi kepada teori dan beberapa model yang digunakan; selain kepada penggubal polisi khususnya bahagian latihan; dan kepada panduan amalan pengajaran GPI.,Ph.D.
Pages: 450
Call Number: LC905.T42N635 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82112+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.