Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487763
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaty @ Rohatiah binti Mohd. Majzub, Y. Bhg. Prof. Pn. Sri Dr. Hajah
dc.contributor.authorNorliah binti Kasim (P38931)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:22Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:22Z-
dc.date.issued2014-03-13
dc.identifier.otherukmvital:79970
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487763-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menilai program transformasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di sekolah-sekolah kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menggunakan model penilaian CIPP oleh Stufflebeam (1971). Penilaian dilakukan dari segi input yang merangkumi aspek latihan guru, pengetahuan pedagogi guru, kemudahan infrastruktur, motivasi dan penglibatan ibu bapa. Manakala dari segi proses pula melibatkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan pemantauan. Penilaian juga melibatkan aspek produk yang merangkumi perkembangan dan penyuburan potensi kanak-kanak dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrument utama. Sampel kajian terdiri daripada 416 orang guru prasekolah dan 365 orang pentadbir di sekolah rendah kebangsaan dari seluruh negeri Selangor. Hasil kajian rintis menunjukkan kesemua konstruk yang dikaji berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi berdasarkan analisis Cronbach Alpha iaitu antara 0.807 hingga 0.954. Penganalisisan data menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial 19.0 (SPSS). Penganalisisan juga menggunakan Nvivo8 untuk menganalisis soal selidik terbuka dalam kajian ini. Statistik deskriptif menggunakan skor min dan sisihan lazim. Sementara statistik inferensi pula melibatkan ujian t Bebas, Anova, Manova, Mann Whitney, Kruskal Wallis, korelasi Pearson dan Regrasi Berganda. Hasil kajian menunjukkan pandangan keseluruhan guru dan pentadbir terhadap aspek input, proses dan produk berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, analisis data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari perspektif guru dan pentadbir terhadap aspek input, proses dan produk berdasarkan pengalaman, jenis latihan ikhtisas dan lokasi sekolah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dari segi input, proses dan produk. Analsis regrasi menunjukkan terdapat sumbangan yang besar terhadap pembolehubah yang dikaji iaitu aspek motivasi menyumbang sebanyak 30% terhadap aspek proses dan pemantauan menyumbang sebanyak 46.2% terhadap produk. Implikasi kajian menunjukkan bahawa KSPK masih lagi mempunyai ruang untuk dikemaskinikan. Guru perlu berusaha meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid dan perlu mempertahan motivasi yang dimiliki dengan berusaha meningkatkan pengetahuan terhadap strategi dan kaedah yang terkini serta penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang berkualiti. Pentadbir pula perlu menekankan dasar kerjasama dan sifat saling menyokong berbentuk penyeliaan ataupun pemantauan yang mempunyai matlamat yang jelas ataupun pengawalan terhadap keperluan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah.,This study aims to evaluate the National Pre-school Curriculum Standard (NPCS) transformation programme in government vernacular schools using CIPP evaluation model by Stufflebeam (1971). The evaluation is based on three aspects: input, process and product. Input encompasses of teachers training, pedagogical knowledge, infrastructure, motivation and parental involvement. In term of process, it involves the implementation of teaching and learning, teaching aids and monitoring. Meanwhile, in terms of product, it includes the development and fertilization of children's cognitive, affective and psychomotor. The methdology used in this study is a survey. The samples of the survey are 416 pre-school teachers and 365 administrators in primary schools across the state. Pilot study showed each constructs studied have high reliability with the value of alpha cronbach between 0.807 to 0.954. The data was analyzed using Statistical Package for Social Sciences 19.0 (SPSS) and Nvivo8 is used to analyze the open questionnaire. Descriptive statistics used the mean score and standard deviation. While inferential statistics involves t test, ANOVA, MANOVA, Mann Whitney, Kruskal Wallis test, Pearson correlation and Multiple Regression. The results showed an overall view of teachers and administrators on the aspects of input, process and product are high. However, this analysis shows that there are significant differences from the perspective of teachers and administrators on the aspects of input, process and product based on experience, type of professional training and location of the school. The results also showed a significant relationship in terms of input, process and product. Regression analysis showed that the greatest contribution of motivation by 30% against the aspects of the process and there is a contribution of 46.2% monitoring aspect of the product. The study indicates that the NPCS still need to be improved. Teachers should attempt to increase parental involvement in the process of teaching and learning as well as to retain their own motivation to improve knowledge on the latest strategies and methods as well as the quality of teaching aids (BBM). The administrators on the other hand, need to emphasize the policy of cooperation and mutual support in terms of supervision with clear goals or monitoring the needs of teachers and students in teaching and learning in the school.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectProgram transformasi pendidikan prasekolah
dc.subjectEducation
dc.subjectPreschool (Curricula) - Malaysia
dc.titlePenilaian program transformasi pendidikan prasekolah KPM di sekolah kebangsaan (sk)
dc.typeTheses
dc.format.pages365
dc.identifier.callnoLB1140.4.N646 2014 tesis
dc.identifier.barcode001079
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_79970+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.