Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487755
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Armanurah Mohamad (P33748) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:19Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76436 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487755 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan program pendidikan keusahawanan pelajar, iaitu Program Siswaniaga (PS) UUM menggunakan model penilaian CIPP dengan memfokus kepada komponen input, proses dan produk. Penilaian input merujuk kepada kurikulum latihan, kemudahan sokongan dan minat keusahawanan bekas peserta sebelum menyertai PS. Penilaian proses merujuk kepada kualiti pengajaran tenaga pengajar, pengalaman bekas peserta berniaga di bawah PS, jaringan keusahawanan dan pemantauan program. Penilaian produk meliputi pemikiran, kemahiran dan sikap keusahawanan serta pemilihan kerjaya usahawan dalam kalangan bekas peserta. Pendekatan kuantitatif digunakan sebagai pendekatan utama kajian. Pendekatan kualitatif mengguna teknik temu bual digunakan untuk mendapat penjelasan kepada beberapa dapatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang bekas peserta PS lulusan UUM. Untuk kajian kuantitatif, instrumen kajian dibangunkan oleh pengkaji, dan instrumen ini menunjukkan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha antara 0.716 hingga 0.949. Kesemua komponen input adalah di tahap sederhana tinggi dalam membantu bekas peserta memulakan perniagaan di bawah PS. Bagi komponen proses, pengalaman berniaga bekas peserta di bawah PS berada pada tahap tinggi, lain-lain aspek berada pada tahap sederhana tinggi. Kekangan utama dalam input ialah masalah modal dan ketidaksesuaian masa latihan. Kekangan utama proses pula adalah kurang pemantauan terhadap perniagaan peserta dan masalah pengurusan masa. Bagi komponen produk, pemikiran dan sikap keusahawanan adalah pada tahap tinggi, manakala kemahiran keusahawanan adalah pada tahap sederhana tinggi. Namun, keseluruhannya pencapaian produk berada pada tahap tinggi dan lebih separuh (51.5%) bekas peserta memilih kerjaya usahawan dalam tempoh sejurus sehingga 5 tahun selepas tamat pengajian. Bekas peserta yang memilih kerjaya usahawan selepas tamat pengajian memiliki kesemua elemen keusahawanan dalam produk program, iaitu pemikiran, kemahiran dan sikap keusahawanan pada tahap tinggi. Ujian MANOVA menunjukkan perbezaan dalam kemahiran keusahawanan berdasarkan tahap pendidikan ibu. Terdapat perbezaan ke atas pemikiran dan sikap keusahawanan berdasarkan bilangan kursus yang dihadiri dan kerjaya bekas peserta. Analisis regresi berganda menunjukkan minat keusahawanan sebelum menyertai PS menyumbang kepada pemikiran (31.2%) kemahiran (9.4%) dan sikap keusahawanan (18.4%). Pengalaman berniaga di bawah PS menyumbang kepada pemikiran (39.3%) kemahiran (30.3%) dan sikap keusahawanan (29.6%). Kurikulum latihan pula menyumbang kepada pemikiran (1.3%) dan kemahiran keusahawanan (2.5%). Jaringan keusahawanan hanya menyumbang kepada kemahiran keusahawanan (1.3%). Kualiti pengajaran tenaga pengajar tidak menunjukkan sumbangan kepada pemikiran, kemahiran dan sikap keusahawanan dalam kalangan bekas peserta. Beberapa cadangan dikemukakan untuk keberkesanan pelaksanaan PS dari segi input dan proses dalam membantu meningkatkan pemikiran, kemahiran dan sikap keusahawanan peserta yang sekali gus boleh menambahbaikkan keupayaan PS dalam melahirkan usahawan siswazah. Antaranya ialah minat keusahawanan peserta sebelum menyertai PS dan pengalaman berniaga secara hands-on di bawah program perlu diberi penekanan. Manakala pembaikan dalam pemantauan program dan kualiti pengajaran tenaga pengajar perlu diberi perhatian sewajarnya agar keberkesanan PS dapat ditingkatkan.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Program siswaniaga | |
dc.subject | Universiti Utara Malaysia | |
dc.subject | Business and education--Malaysia | |
dc.subject | Education | |
dc.subject | Higher--Malaysia | |
dc.subject | Life skills--Study and teaching (Higher)--Malaysia | |
dc.subject | College students--Malaysia | |
dc.subject | Entrepreneurship--Study and teaching (Higher) | |
dc.title | Penilaian pelaksanaan program siswaniaga Universiti Utara Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 479 | |
dc.identifier.callno | LC1085.4.M4 A765 2014 | |
dc.identifier.barcode | 000885 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76436+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.