Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487754
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorT. Subahan Mohd. Meerah, Prof. Datuk Dr.
dc.contributor.authorSyed Ismail Syed Mustapa (P59233)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:18Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:18Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76425
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487754-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek amalan dan pendekatan bimbingan pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoran praktikum serta hubungannya dengan kualiti guru pelatih. Pengkaji telah menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 318 orang guru pelatih, 318 orang pensyarah dan 318 orang guru pembimbing telah dipilh secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap dua orang pensyarah, dua orang guru pembimbing dan dua orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah dan guru pembimbing telah melaksanakan bimbingan pengajaran berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran (min = 4.59, sp = .17). Seterusnya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah pendekatan tingkah laku kolaboratif (min 4.27 dan sp= .45). Selain itu kajian ini juga menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah (min = 4.49, sp = .21). Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara amalan bimbingan tetapi tidak terdapat perbezaan bagi pendekatan bimbingan pengajaran antara pensyarah dan guru pembimbing. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kekerapan bimbingan dan pengalaman memberi bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dengan kualiti guru pelatih. Akhirnya dapatan kajian ini membuktikan bahawa kemahiran pengajaran dan pembelajaran, perancangan pengajaran dan refleksi memberi sumbangan kepada kualiti guru pelatih. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa program praktikum merupakan satu proses bimbingan dengan menerapkan aspek amalan pengajaran yang berkesan kepada guru pelatih dengan mengaplikasikan pendekatan yang relevan ke arah menghasilkan guru pelatih yang berkualiti.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectProgram mentoran praktikum
dc.subjectMentoring in education
dc.subjectFirst year teachers
dc.titleAmalan dan pendekatan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoran praktikum dan hubungannya dengan kualiti guru pelatih
dc.typeTheses
dc.format.pages412
dc.identifier.callnoLB1731.4 S974 2014 tesis
dc.identifier.barcode000884
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76425+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.