Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487752
Title: | Pendidikan murid orang asli : satu analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidikan |
Authors: | Norwaliza Abdul Wahab (P59217) |
Supervisor: | Abdul Razaq Ahmad, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Analisis matlamat Pendidikan murid orang asli Indigenous peoples--Education Minorities--Education |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif individu yang berkepentingan dalam pendidikan murid Orang Asli di sekolah rendah. Oleh itu kajian kes dijalankan untuk memahami proses pendidikan murid Orang Asli berdasarkan aspek matlamat, pedagogi, institusi, kepimpinan, penyebaran, bukti dan pemilikan yang diadaptasi dari model GPILSEO. Sumber data diperolehi daripada empat orang murid Orang Asli, dua orang ibu murid Orang Asli, dua orang bapa murid Orang Asli, empat orang guru, dua pentadbir sekolah, dan dua orang pemimpin masyarakat Orang Asli sebagai peserta kajian dari dua buah sekolah rendah Orang Asli di sekitar negeri Pahang. Protokol temu bual, protokol pemerhatian dan analisis dokumen digunakan sebagai alat mengumpul data. Temu bual secara mendalam telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada peserta kajian. Pemerhatian di dalam bilik darjah, persekitaran sekolah dan rumah telah dilakukan untuk merakamkan proses pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran hidup murid Orang Asli. Maklumat dianalisis berdasarkan tema yang telah dikenalpasti dan teknik triangulasi data dilakukan oleh pengkaji bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh tema penting dalam menentukan pendidikan dan persekolahan murid Orang Asli yang berkesan iaitu: (i) kepentingan mewujudkan matlamat yang jelas dan seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum, (ii) mengintegrasikan pedagogi pribumi dan kurikulum khas untuk murid Orang Asli, (iii) meningkatkan kualiti kemudahan dan infrastruktur sekolah Orang Asli, (iv) mewujudkan kepimpinan sekolah Orang Asli yang proaktif dan responsif, (v) meningkatkan sokongan dan penglibatan setiap pihak, (vi) menjalankan penilaian khas untuk guru dan murid Orang Asli, dan (vii) meningkatkan rasa pemilikan terhadap sekolah Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek pendidikan tersebut perlu dijadikan sebagai asas panduan dalam merangka satu pendidikan khas untuk murid Orang Asli supaya jurang pendidikan dapat dirapatkan dengan murid dari arus perdana. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti, langkah-langkah bagi tindakan yang spesifik dicadangkan iaitu menyemak semula matlamat pendidikan yang lebih sesuai untuk kebolehan dan tahap pemikiran murid Orang Asli, menyediakan latihan perguruan yang responsif terhadap budaya dan bahasa masyarakat Orang Asli di setiap institut perguruan supaya pelaksanaan pedagogi dapat ditingkatkan, mengadakan alat bantu mengajar serta prasarana yang lebih kondusif bagi menggalakkan pembelajaran murid, menggerakkan kepimpinan sekolah dengan meletakkan guru besar yang cemerlang dan lebih berpengalaman, menggalakkan penglibatan NGO dalam menjadikan sekolah Orang Asli sebagai sekolah angkat, menjalankan penilaian akademik yang lebih sesuai dengan tahap kebolehan dan minat murid Orang Asli serta mempertingkatkan rasa pemilikan yang tinggi terhadap pendidikan murid Orang Asli supaya mereka menjadi sebuah masyarakat yang lebih berdaya saing tanpa menghilangkan identiti mereka sebagai sebuah masyarakat pribumi di negara ini.,PHD |
Pages: | 441 |
Call Number: | LC3715 N647 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76249+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.