Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487750
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Arif Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAshfahani Zakaria (P40522)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:16Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:16Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76247
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487750-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan modul Projek Atas Talian (m-PAT) berasaskan pemupukan nilai positif pelajar berorientasikan proses iaitu melalui pengalaman pelajar mengikuti m-PAT. Nilai positif yang hendak dipupuk dalam kajian ini adalah berdasarkan enam konstruk dalam Model Perkembangan Kontekstual Pembangunan Positif Remaja iaitu Berkompetensi, Berkeyakinan, Berhubung, Bersikap prihatin, Berperwatakan positif dan Bersedia menyumbang (nilai positif 6B). m-PAT diaplikasikan sebagai aktiviti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Fizik. Kajian ini dibahagikankan kepada dua bahagian utama iaitu (i)mereka bentuk dan membangunkan m-PAT berdasarkan prinsip Persekitaran Pemupukan Nilai Positif (prinsip PPNP) serta (ii)menjalankan penilaian sumatif m-PAT. Metodologi reka bentuk dan pembangunan m-PAT adalah berdasarkan fasa-fasa yang terdapat dalam Model Instruksi (ID) Reka bentuk dan Pembangunan m-PAT yang dibina oleh penyelidik. Reka bentuk m-PAT didasari oleh teori Konstruktionis, model e-tivities dan dibangunkan menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran Moodle. Metodologi bagi penilaian sumatif m-PAT pula menggunakan reka bentuk kajian kes dengan pendekatan triangulasi kaedah bercampur yang mana dapatan daripada data kuantitatif disahkan oleh dapatan data kualitatif. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Fizik dari sebuah sekolah menengah di Lembah Klang dipilih sebagai peserta kajian mengikut kaedah persampelan bertujuan. Data dipungut dalam tempoh pelaksanaan m-PAT melalui instrumen soal selidik, refleksi pelajar, perbincangan forum, temu bual dan soalan terbuka. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif dalam bentuk skor min dan sisihan piawai untuk melihat taburan maklum balas pelajar terhadap konstruk-konstruk yang dinilai. Manakala data kualitatif dianalisis menggunakan analisis tema dan senarai semak guru berkaitan dengan konstruk-konstruk yang dinilai. Dapatan kajian menunjukkan m-PAT mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi, mewujudkan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip PPNP dan dapat memupuk nilai positif 6B pelajar. Secara keseluruhannya, hasil kajian menyumbang kepada satu pendekatan baru dalam pelaksanaan PBS yang mengintegrasikan penggunaan teknologi secara atas talian dan memupuk nilai positif pelajar terutamanya berkaitan penggunaan internet.,PHD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectModul projek atas talian
dc.subjectPositive psychology
dc.titleKajian reka bentuk dan pembangunan modul projek atas talian (m-PAT) berasaskan pemupukan nilai positif dalam kalangan pelajar
dc.typeTheses
dc.format.pages535
dc.identifier.callnoLB1044.87 A834 2014
dc.identifier.barcode000877
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76247+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.