Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487748
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorRian Vebrianto (P61649)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:15Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:15Z-
dc.date.issued2014-
dc.identifier.otherukmvital:76246-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487748-
dc.descriptionPada masa ini, teknologi dan maklumat berkembang pesat dalam arus globalisasi yang mempengaruhi cara dan teknik serta menjadi cabaran dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisien. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul BIOMIND yang berasaskan PBM dalam meningkatkan kemahiran abad 21 dan motivasi pelajar serta mengatasi miskonsepsi yang terjadi pada diri pelajar. Sebanyak 182 pelajar SMAN 8 Pekanbaru, Riau Indonesia terlibat dalam kajian dalam matapelajaran biologi. Kemahiran Abad 21 (KA21) dikelaskan kepada lima subKA21; kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi yang berkesan dan produktiviti yang tinggi serta nilai-nilai moral (nilai karakter). Manakala motivasi dikelaskan kepada tiga sub motivasi iaitu minat, persepsi dan kebolehgunaan. Kajian ini membangunkan portal e-pembelajaran modul BIOMIND dan e-book BIOMIND. Kajian ini mengunakan kaedah eksperimen-kuasi dengan rekabentuk "non-equivalent control group design". Kajian melibatkan dua kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan pertama menggunakan sebuah portal e-pembelajaran modul BIOMIND, manakala kumpulan rawatan kedua menggunakan e-book modul BIOMIND. Kemudian kumpulan kawalan melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konvensional. Instrumen yang digunakan ialah ujian kemahiran abad ke-21, soal selidik motivasi, dan ujian miskonsepsi serta protokol temubual. Analisis dapatan telah dilakukan secara deskriptif diikuti oleh analisis inferensi menggunakan Ujian-t, ANOVA dan ujian MANOVA serta ujian MANOVA faktorial. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan KA21 antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi portal dan e-book BIOMIND dengan kumpulan pelajar yang mengikuti strategi konvensional. Selain daripada itu, kajian turut mendapati bahawa modul BIOMIND boleh meningkatan motivasi yang tinggi dan mengatasi miskonsepsi yang ada pada diri pelajar. Analisis data ujian MANOVA faktorial 3X2 menunjukkan terdapat kesan utama pembolehubah bebas kumpulan dan pembolehubah bebas waktu ujian, serta kesan interaksi kumpulan*waktu ujian yang signifikan terhadap sub KA21. Selanjutnya, dapatan temubual juga dikumpul bagi menyokong dapatan kajian kuantitatif bagi setiap pembolehubah dalam kajian ini. Secara keseluruhan, kajian menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Modul BIOMIND yang berasaskan PBM telah berjaya menghasilkan kesan positif terutamanya terhadap KA 21 pelajar dan motivasi serta mengatasi miskonsepsi pelajar dalam matapelajaran biologi.,PHD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectModul biomind-
dc.subjectEducational technology-
dc.subjectInterpersonal communication-
dc.subjectMotivation in education-
dc.titleKeberkesanan modul biomind berasaskan pbm untuk meningkatkan kemahiran abad 21 dan motivasi serta mengatasi miskonsepsi pelajar-
dc.typeTheses-
dc.format.pages617-
dc.identifier.callnoLB1028.3 R525 2014-
dc.identifier.barcode000876-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76246+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.