Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487743
Title: | Profil keinginsempurnaan pelajar pintar akademik dan hubungannya dengan gaya keibubapaan dan personaliti |
Authors: | Zainon Basirion (P59221) |
Supervisor: | Rosadah Abd Majid, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Gifted children Pelajar pintar akademik Parenting-Study and teaching |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi gaya keibubapaan, personaliti, dan keinginsempurnaan pelajar pintar akademik, disamping mengenal pasti perbezaan konstruk keinginsempurnaan mengikut gender dan kaum, serta mengenal pasti hubungan gaya keibubapaan dan personaliti dengan keinginsempurnaan. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ialah untuk mencadangkan profil keinginsempurnaan pelajar pintar akademik dan hubungannya dengan gaya keibubapaan dan personaliti. Instrumen kajian yang terdiri daripada terjemahan dan adaptasi Parental Authority Questionnaire (PAQ), International Personality Item Pool (IPIP), dan Frost Multidimensional Perfectionism Scale (FMPS) telah diedarkan kepada 500 orang pelajar pintar akademik yang berumur 16 tahun daripada empat buah sekolah di Selangor. Analisis deskriptif menunjukkan pelajar pintar akademik kerap berhadapan dengan ibu autoritarian, ayah autoritatif, mempunyai personaliti keterbukaan kepada pengalaman, dan mementingkan keteraturan. Analisis MANOVA menunjukkan wujud perbezaan konstruk keinginsempurnaan yang signifikan berdasarkan gender dan kaum. Analisis faktor pengesahan (CFA) dan model persamaan berstruktur (SEM) mendapati ibu autoritarian, ayah autoritatif, mempunyai personaliti neurotik, dan keterbukaan kepada pengalaman menyumbang kepada pembentukan keinginsempurnaan positif (84%) dan keinginsempurnaan negatif (80%). Personaliti keterbukaan kepada pengalaman, kesetujuan, dan neurotik menjadi mediator yang signifikan bagi hubungan antara gaya keibubapaan dan keinginsempurnaan. Analisis kluster K-mean menunjukkan majoriti pelajar mengalami keinginsempurnaan adaptif. Akhirnya, dapatan turut mendapati pelajar yang mengalami keinginsempurnaan adaptif mempunyai hubungan dengan ibu ayah autoritatif dan berpersonaliti ekstraversi dan kesetujuan, pelajar yang mengalami keinginsempurnaan maladaptif mempunyai hubungan dengan ibu ayah autoritarian dan berpersonaliti kehematan dan neurotik, manakala pelajar yang tidak mementingkan kesempurnaan mendapat skor min yang rendah pada konstruk gaya keibubapaan dan personaliti. Kajian ini memberi kefahaman bagaimana gaya keibubapaan dan personaliti menyumbang kepada perkembangan keinginsempurnaan adaptif dan maladaptif. Diharapkan profil yang dicadangkan dapat membantu pelajar pintar akademik untuk lebih memahami keinginsempurnaan yang dialami disamping membantu ibu bapa dan guru-guru melaksanakan program intervensi dan pengayaan bagi melahirkan lebih ramai pelajar pintar akademik yang mengalami keinginsempurnaan adaptif.,PHD |
Pages: | 316 |
Call Number: | LC3993.2.Z338 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76228+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.