Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487742
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Hussin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Puji Aryani (P31790) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:13Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76051 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487742 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan program pendidikan guru ekonomi praperkhidmatan Fakulti Keguruan dan Ilmu Pendidikan Pengkhususan Ekonomi Universiti Syiah Kuala Banda Aceh (FKIP UNSYIAH) terhadap kompetensi dan sikap positif bakal guru terhadap profesion keguruan. Kajian ini merupakan kajian penilaian dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Temu bual separa berstruktur digunakan bagi pengumpulan data kualitatif, manakala soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi data kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu bakal guru ekonomi yang telah menyelesaikan praktikum pengajaran, guru pembimbing subjek ekonomi, dan pensyarah penyelia. Seluruh bakal guru pendidikan ekonomi yang sudah menyelesaikan praktikum pengajaran menjadi responden bagi pengumpulan data soal selidik. Data kualitatif dianalisis secara manual mengikut tema bagi setiap maklumat yang diperoleh dan disusun bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan. Manakala statistik deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai digunakan bagi menganalisis data kuantitatif. Model penilaian Konteks Input Proses dan Produk yang dikemukakan oleh Stufflebeam (2003) digunakan bagi mencapai tujuan kajian ini. Input dalam kajian ini ialah: tahap kecukupan pengetahuan dan kemahiran dalam kurikulum program, kemudahan-kemudahan akademik, kualiti pensyarah dan pensyarah penyelia. Proses pula terdiri dari pengajaran dan pembelajaran dalam program, peranan pensyarah penyelia dan guru pembimbing, keberkesanan praktikum pengajaran dalam meningkatkan kemampuan pengajaran bakal guru dan pemupukan ciri-ciri guru yang baik.. Produk dalam kajian ini ialah kompetensi pengajaran dan sikap positif bakal guru terhadap profesion keguruan. Penilaian input program mendapati program sudah membekalkan aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran asas guru ekonomi pada tahap yang mencukupi. Kemudahan akademik dan kualiti pensyarah dan pensyarah penyelia didapati berada di tahap sederhana. Dalam dimensi proses pula kajian mendapati pengajaran dan pembelajaran dalam program sesuai dengan keperluan dalam praktis sebenar. Guru pembimbing dan pensyarah penyelia sudah melaksanakan peranannya. Praktikum pengajaran berkesan dalam meningkatkan kemampuan pengajaran bakal guru dan pemupukan ciri-ciri guru yang baik. Kajian juga mendapati kompetensi berada pada tahap baik dan sikap bakal guru terhadap profesion keguruan adalah positif. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa aspek dalam pelaksanaan program yang masih perlu diperbaiki dan ditingkatkan seperti kemudahan-kemudahan, kualiti pensyarah dan pensyarah penyelia dan pelaksanaan praktikum pengajaran. Implikasi dapatan kajian ini dapat mengenal pasti aspek-aspek yang dinilai masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan kualiti bakal guru ekonomi yang dihasilkan pada masa hadapan.,PHD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Guru pra perkhidmatan | |
dc.subject | Pendidikan guru ekonomi | |
dc.title | Penilaian keberkesanan program pendidikan guru pra perkhidmatan pengkhususan pendidikan ekonomi terhadap kompetensi dan sikap positif bakal guru terhadap profesion keguruan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 254 | |
dc.identifier.barcode | 000888 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76051+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.