Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487740
Title: | Pembinaan Dan Keberkesanan Modul Multimedia Interaktif Dengan Agen Pedagogi Dalam Pembelajaran Elektrokimia |
Authors: | Lee Tien Tien (P50989) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Konsep Pembelajaran Elektrokimia Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Agen Pedagogi Dalam Pembelajaran Interactive multimedia |
Issue Date: | 1-Apr-2013 |
Description: | Hasil analisis keperluan dan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penguasaan konsep Elektrokimia dalam kalangan pelajar adalah rendah. Masalah pelajar dalam pembelajaran Elektrokimia adalah pemahaman konsep yang abstrak pada tiga aras perwakilan. Walaupun penggunaan elemen multimedia seperti animasi dan simulasi dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam pembelajaran konsep abstrak tetapi pelajar kekurangan kesedaran metakognitif dan kemahiran pemantauan pemahaman untuk membuat pilihan yang berkesan. Pelajar juga kekurangan kemahiran untuk mencari, memproses dan menggunakan maklumat dan idea dalam persekitaran pembelajaran multimedia. Jadi, agen pedagogi dimasukkan dalam modul multimedia untuk memberikan bimbingan metakognitif dalam bentuk sokongan benaman kepada pelajar. Kajian sedia ada berkaitan agen pedagogi tidak diaplikasikan dalam tajuk Elektrokimia dan tiada pemilihan terhadap agen pedagogi pelbagai peranan. Maka, kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai keberkesanan modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (IMMPA EC Lab) dwi peranan dalam meningkatkan tahap pencapaian dan tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran Elektrokimia. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 127 orang responden dari dua buah sekolah menengah di Daerah Ledang, Tangkak. Hasil dapatan data menunjukkan bahawa terdapat kesan utama kumpulan terhadap ujian kefahaman Elektrokimia secara signifikan pada aras keyakinan 0.025 dengan min ujian kumpulan rawatan mengatasi kumpulan kawalan. Terdapat kesan utama konstruk dan masa pengukuran terhadap tahap motivasi pelajar. Interaksi antara konstruk dan masa pengukuran adalah signifikan terhadap tahap motivasi pelajar. Terdapat kesan utama jantina terhadap tahap motivasi pelajar. Sumbangan kajian ini adalah modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi yang dibina berdasarkan Model KemGerly. Aplikasi lima fasa Needham Teori Konstruktivisme dalam penyampaian isi kandungan dan reka bentuk skrin mengikut Teori Beban Kognitif dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia meningkatkan kualiti modul ini. Penggunaan IMMPA EC Lab ini dapat menjimatkan masa guru, memperkayakan bahan bantu mengajar guru dan boleh dijadikan rujukan tambahan kepada pelajar dalam pembelajaran Elektrokimia.,PhD |
Pages: | 567 |
Call Number: | LB1028.55 .L434 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75195+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.43 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.