Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487739
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJainabee Md.Kassim, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Masrizal Muhammad (P49302)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:12Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:12Z-
dc.date.issued2013-3-9-
dc.identifier.otherukmvital:75193-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487739-
dc.descriptionPengurusan sekolah menjadi semakin kompleks serta memerlukan amalan kepimpinan yang lebih kontemporari seperti kepimpinan strategik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan strategik dalam kalangan pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) berdasarkan dua dimensi iaitu keupayaan mengurus organisasi dan karektor peribadi serta meninjau kelestarian kecemerlangan akademik SBP dari tahun 2008 hingga 2010. Kajian turut mengenal pasti perbezaan kepimpinan strategik pengetua SBP mengikut jantina dan latar belakang akademik berdasarkan persepsi responden kajian, serta sumbangan pembolehubah kepimpinan strategik terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah. Kajian menggunakan model Kepimpinan Strategik oleh Davies sebagai kerangka konseptual. Sampel kajian berjumlah541 orang, dipilih dalam kalangan penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia dari 43 buah SBP di seluruh negara. Reka bentuk kajian menggabungkan kaedahkuantitatif (tinjauan) dan kualitatif (temu bual dan analisis dokumen). Data kuantitatif mengenai kepimpinan strategik dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min/peratusan) dan statistik inferensi (MANOVA/Regresi). Data kualitatif mengenai kelestarian kecemerlangan akademik dikumpul melalui analisis dokumen, manakala data kepimpinan strategik diperoleh melalui temu bual. Dapatan kajian menjelaskan bahawa bagi dimensi pertama kepimpinan strategik iaitu keupayaan mengurus organisasi, amalan pengetua SBP cemerlang dalam dua elemen (orientasi strategik & membangunkan kompetensi), tetapi baik sahaja bagi empat elemen lain (status semasa organisasi, terjemahan pelan kepada strategi, memimpin staf mencapai visi dan melakukan perubahan). Dapatan juga menjelaskan dimensi kedua, karektor peribadi pengetua SBP adalah cemerlang bagi elemen ketidakpuasan terhadap status quo,tetapi baik sahaja bagi elemen-elemen penerimaan perubahan, kemampuan penyesuaian dan kebijaksanaan tindakan. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan signifikan amalan kepimpinan strategik pengetua berdasarkan jantina, tetapi tidak signifikan berdasarkan latar belakang akademik. Berhubung dengan kelestarian kecemerlangan akademik, kajian mendapati SBP menunjukkan kecemerlangan yang berterusan dalam peperiksaan SPM dari tahun 2008 hingga 2010. Kajian juga mendapati lima elemen kepimpinan strategik iaitu status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, membuat perubahan dan membangunkan kompetensi menyumbang kepada kelestarian kecemerlangan akademik SBP. Umumnya, menurut pandangan guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia, pengetua SBP di Malaysia telah mengamalkan kepimpinan strategik dengan baik. Namun begitu, masih terdapat ruang penambahbaikan, agar keupayaan mengurus organisasi dan karektor peribadi pengetua SBP mencapai kecemerlangan. Sekali gus, memartabatkan pengurusan SBP di seluruh negara.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAmalan Kepimpinan Strategik-
dc.subjectelestarian Kecemerlangan Akademik-
dc.subjectKelestarian Kecemerlangan Akademik Sekolah Berasrama Penuh-
dc.subjectSchool principals-Malaysia-
dc.titleAmalan Kepimpinan Strategik Pengetua Dan Kelestarian Kecemerlangan Akademik Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages258-
dc.identifier.callnoLB2831.926 .A375 2013-
dc.identifier.barcode000501-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75193+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.27 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.