Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487737
Title: Pembentukan Indikator Dan Pembangunan Sistem Pengurusan Berkualiti Makmal Kejuruteraan Politeknik
Authors: Zunuwanas Mohamad (P48270)
Supervisor: Ruhizan binti Muhammad Yasin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pembentukan Indikator Sistem Pengurusan Berkualiti Makmal
Pembangunan Sistem Pengurusan Berkualiti Makmal
Sistem Pengurusan Berkualiti Makmal Kejuruteraan
Vocational education facilities
Issue Date: 19-Mar-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk membentuk indikator pengurusan berkualiti makmal kejuruteraan politeknik dan membangunkan sistem penilaian pengurusan makmal kejuruteraan (SPMK) di Politeknik menggunakan kaedah Teknik Delphi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri indikator penilaian pengurusan makmal kejuruteraan dan mereka bentuk satu sistem penilaian pengurusan makmal. Kajian ini melibatkan seramai 15 orang pakar yang berpengalaman terlibat secara langsung dalam pengurusan makmal kejuruteraan. Sebanyak empat sesi pusingan kajian Delphi telah dilaksanakan bagi mendapat kesepakatan dalam pembentukan indikator ini. Pada pusingan pertama kajian Delphi, data dikutip menggunakan kaedah temu bual dan maklum balas daripada pakar diproses dengan mengaplikasikan program secara manual. Dapatan tersebut telah membentuk instrumen soal selidik bagi kegunaan sesi pusingan selanjutnya. Pada pusingan keempat, bilangan pusingan kajian Delphi telah dihentikan kerana tahap kesepakatan yang tinggi telah dicapai dan maklum balas tersebut dianalisis menggunakan Ukuran Kecenderungan Berpusat (UKB) yang melibatkan skor min, median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Dapatan bagi sesi pusingan telah menemui empat (4) indikator dalam pengurusan berkualiti makmal kejuruteraan dan sejumlah enam puluh sembilan (69) item bagi pensyarah dan sejumlah lima puluh sembilan (59) item bagi pelajar telah dibentuk. Seterusnya dapatan daripada pembentukan indikator ini, telah dimasukkan dalam SPMK. SPMK yang telah dibangunkan ini merupakan satu sistem yang direka bentuk menggunakan aplikasi portal Web yang dinamik dan inovatif bersama integrasi dari sistem pelayan dan enjin pengkalan data (database) web Apache melalui bahasa pengaturcaraan PHP dan MySQL. Pengkaji telah membina dua set instrumen soal selidik bagi dua kategori responden iaitu pensyarah (264 orang) dan pelajar (381 orang) yang menyertai bagi menilai kebolehgunaan sistem. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati sistem ini berada pada tahap kebolehgunaan yang tinggi dan responden memberikan respons yang positif untuk soalan terbuka. Beberapa implikasi dan cadangan kajian telah dikemukan bagi menambahbaik pembentukan indikator dan pembangunan sistem. Hasil daripada kajian iaitu pembentukan indikator dan sistem SPMK merupakan satu sumbangan yang inovatif kepada sistem pendidikan bidang teknikal dan vokasional.,PhD
Pages: 388
Call Number: LC1048.F3 .Z843 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75171+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.