Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487736
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Gulson Begum Khalid | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:11Z | - |
dc.date.issued | 2013 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75170 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487736 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan meneroka proses permuafakatan ibu bapa di sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) masalah pembelajaran, Semenanjung Malaysia. Kerangka koseptual kajian dibina berdasarkan gabungan model tipologi enam jenis penglibatan oleh Epstein dan komponen kejayaan permuafakatan oleh Friend dan Cook. Reka bentuk kajian menggabungkan kaedah tinjauan (soal selidik) dengan kajian kes (temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen). Soal selidik diadaptasi daripada instrumen pengukuruan permuafakatan ibu bapa Epstein untuk mengukur tahap kerjasama sekolah dan ibu bapa berdasarkan aktiviti permuafakatan. Sampel kajian kuantitatif melibatkan sejumlah 870 responden terdiri daripada pentadbir dan guru dari 290 sekolah rendah PPKI di semenanjung Malaysia yang dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis. Manakala peserta kajian kes terdiri dari 12 orang pentadbir, 4 orang guru, 4 ibu bapa dan 2 wakil komuniti dari empat buah sekolah yang berjaya memperoleh tahap tertinggi permuafakatan. Berdasarkan data kuantitatif menunjukkan tahap permuafakatan di Semenanjung Malaysia adalah sederhana, walau bagaimanapun didapati empat buah sekolah berjaya memperoleh tahap permuafakatan sangat tinggi dan aktiviti komunikasi menjadi aktiviti dominan. Seterusnya diikuti dengan aktiviti keibubapaan, kesukarelaan, pembelajaran di rumah, keputusan bersama dan aktiviti kolaborasi komuniti sebagai aktiviti permuafakatan ibu bapa. Manakala data kualitatif pula telah menghasilkan lima tema utama yang menerangkan faktor kejayaan sekolah memperolehi tahap permuafakatan tinggi dan juga merupakan amalan terbaik permuafakatan di sekolah PPKI. Tema mengenai komitmen peribadi pentadbir merupakan faktor dominan dan diikuti dengan faktor kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah serta galakkan pentadbir terhadap ibu bapa dan guru. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat membantu guru, Institusi Pendidikan Guru, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pusat Latihan Pengurusan Pentadbiran Pendidikan dalam usaha meningkatkan amalan permuafakatan sekolah PPKI di Malaysia. Disamping itu, dapatan kajian ini juga merupakan advokasi terhadap kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu pelajar PPKI di sekolah.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Amalan Terbaik Permuafakatan Ibu Bapa | |
dc.subject | Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran | |
dc.subject | Home and school-Malaysia | |
dc.title | Amalan Terbaik Permuafakatan Ibu Bapa Di Sekolah Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Dari Perspektif Guru | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 347 | |
dc.identifier.callno | LC225.33.M4 .G835 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000525 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75170+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 85.5 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_75170+Source02+Source020.PDF Restricted Access | 1.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.