Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487735
Title: Hubungan Antara Motivasi, Persekitaran Dan Ciri-Ciri Institusi Dengan Aspirasi Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Kalangan Pelajar Generasi Pertama Di Sekolah Menengah Luar Bandar
Authors: Abdul Hamid Abdul Rahim (P47708)
Supervisor: Norzaini Azman, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Student aspirations -- Malaysia
Issue Date: 14-Jan-2013
Description: Aspirasi pelajar merupakan asas untuk membentuk impian, harapan, keperluan dan menentukan kejayaan masa depan mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan aspirasi dengan faktor motivasi, persekitaran dan ciri-ciri institusi. Secara terperinci, ia memberi maklumat tentang tahap aspirasi dan motivasi pelajar generasi pertama. Kajian juga turut mengenal pasti hubungan dan sumbangan faktor motivasi, persekitaran serta ciri-ciri institusi terhadap aspirasi. Di samping itu, kajian juga mengenal pasti perbezaan aspirasi, motivasi dan pengaruh persekitaran berdasarkan faktor demografi. Model Hossler dan Gallagher, Teori Hierarki Keperluan Maslow dan Teori Kognitif Sosial telah digunakan sebagai asas kerangka konseptual kajian. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif melibatkan kaedah tinjauan dijalankan pada fasa pertama kajian. Manakala pendekatan kualitatif melibatkan kajian kes dijalankan pada fasa kedua untuk menyokong dan menerangkan lebih lanjut dapatan kajian fasa pertama. Pada fasa pertama seramai 417 orang pelajar generasi pertama telah dipilih melalui pensampelan rawak berlapis untuk menjawab satu set soal selidik. Manakala fasa kedua sebanyak 8 kumpulan temu bual berfokus, 4 orang guru, 4 orang kaunselor dan 4 orang bapa pelajar telah dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan untuk ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar generasi pertama adalah pada tahap sederhana tinggi, manakala motivasi mereka pada tahap tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi, persekitaran dan ciri-ciri institusi dengan aspirasi. Berdasarkan faktor demografi, kajian telah mengenal pasti hanya faktor kebolehan pelajar dan jantina menunjukkan perbezaan signifikan dari segi tahap aspirasi dan motivasi. Pelajar berkebolehan tinggi didapati mempunyai tahap aspirasi dan motivasi yang tinggi berbanding pelajar berkebolehan sederhana dan rendah. Manakala pelajar perempuan mempunyai tahap aspirasi yang tinggi berbanding pelajar lelaki. Kajian ini juga telah mengenal pasti enam pemboleh ubah bebas yang menyumbang terhadap aspirasi iaitu kemudahan pendidikan, pengaruh ibu bapa, keperluan keselamatan, pengaruh guru, pengaruh kaunselor dan pendapatan ibu bapa. Sebagai sumbangan, kajian ini mencadangkan satu pelan tindakan peluasan akses dan peningkatan ekuiti pelajar generasi pertama di institusi pengajian tinggi.,PhD
Pages: 402
Call Number: LA1238 .A255 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75035+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.