Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487733
Title: Penggunaan CBAM Untuk Menilai Pengajaran Guru Dalam Inovasi Kurikulum Prasekolah
Authors: Kamarul Azman Abd. Salam (P40654)
Supervisor: Sharifah Nor Puteh, Dr.
Keywords: Penggunaan CBAM Untuk Menilai Pengajaran Guru
CBAM Untuk Menilai Pengajaran Guru Dalam Inovasi Kurikulum Prasekolah
Menilai Pengajaran Guru Dalam Inovasi Kurikulum Prasekolah Menggunakan CBAM
Teachers--Rating of
Issue Date: 20-Jun-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk menilai keprihatinan guru terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum prasekolah melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) khususnya dalam pengajaran Sains Awal. Bagi tujuan ini Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) digunakan untuk mengenal pasti Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern, SoC), Tahap Penggunaan inovasi (Levels of Use, LoU) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration, IC) dalam pelaksanaan KSPK. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kaedah bercampur dengan menggabungkan kutipan data berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Responden kajian berjumlah 385 orang guru prasekolah untuk kajian tinjauan peringkat keprihatinan dan 8 orang guru sebagai subjek kajian kualitatif untuk menilai tahap penggunaan inovasi dan konfigurasi inovasi. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian yang diadaptasi daripada instrumen sebenar CBAM. Data peringkat keprihatinan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ANOVA Dua Hala) manakala data tahap penggunaan inovasi serta konfigurasi inovasi dianalisis dengan membuat perbandingan secara konstan dan matriks. Dapatan kajian kuantitatif menunjukkan guru-guru berada pada peringkat Keprihatinan PK0 kesedaran. Guru-guru di bandar pula menunjukkan peringkat keprihatinan yang lebih tinggi berbanding guru-guru di luar bandar. Manakala tidak terdapat perbezaan peringkat keprihatinan berdasarkan kelayakan ikhtisas berkelulusan sijil perguruan dan ijazah. Analisis dapatan kajian kualitatif pula menunjukkan tahap penggunaan inovasi kurikulum guru berada pada julat aras 0 tiada penggunaan hingga aras II persediaan sahaja iaitu non-user. Dapatan menunjukkan guru-guru telah prihatin tetapi mempunyai sedikit pengetahuan dan masih lagi mencari-cari maklumat berkaitan inovasi kurikulum. Manakala analisis dapatan konfigurasi inovasi pula menunjukkan guru-guru mengamalkan lebih daripada lima komponen kritikal dalam KSPK dan mereka juga cenderung ke arah melakukan ubah-suai (mutual adaptation) dalam pengajaran Sains Awal mengikut situasi kontekstual mereka. Hasil kajian ini membantu perencana kurikulum untuk merancang program intervensi khususnya bagi menyokong serta memandu guru dalam proses pelaksanaan perubahan kurikulum. Suatu 'Lonjakan Saujana' atau 'Giant Leap' diperlukan bagi meningkatkan intensiti keprihatinan guru, tahap penggunaan inovasi dan ketaatan (fidelity) melaksana komponen-komponen kritikal konfigurasi inovasi dalam kalangan guru prasekolah demi memastikan keberkesanan perubahan kurikulum khususnya pelaksanaan KSPK.,PhD
Pages: 401
Call Number: LB1027 .K339 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75028+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.