Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487728
Title: Penilaian program perintis usahawan di sekolah rendah
Authors: Ura Pin @ Chum (P38895)
Supervisor: Norasmah Hj Othman, PM Dr.
Keywords: Penilaian program perintis
Program perintis usahawan
Perintis usahawan
Perintis usahawan di sekolah rendah
Entrepreneurship
Issue Date: 31-Jan-2012
Description: Program pembudayaan keusahawanan telah diintegrasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Program Perintis Usahawan (PPU) merupakan sebuah program baru yang bertujuan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini dijalankan untuk menilai pelaksanaan PPU dan keberkesanan program tersebut untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Malaysia. Selain itu masalah pelaksanaan program di peringkat sekolah dan agensi pelaksana negeri (PKN) cuba dikenalpasti. Kajian ini menggunakan Model Logik (W. Kellog Foundation, 2001; 2004) dengan memberikan fokus kepada penilaian input, proses, output dan outcome. Model Bennett's Hierarchy (Bennett, C.F. 1975) dan TOP (Bennett dan Rockwell, 1995; 2004) telah digabungkan dengan Model Logik bagi melihat secara terperinci empat aspek outcome jangka pendek iaitu KASA - yang terdiri daripada pengetahuan (Knowledge), sikap (Attitude), kemahiran (Skills) dan aspirasi (Apiration) pelajar terhadap bidang keusahawanan. Kaedah kajian adalah secara tinjauan dan persampelan secara rawak berkelompok dan rawak berstrata telah digunakan untuk memilih sampel kajian. Responden kajian terdiri daripada 360 pelajar dan 55 orang guru pembimbing Kelab PPU di 30 buah sekolah. Peserta kajian terdiri daripada lima pegawai PKN dan seorang pegawai INSKEN yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPU. Kutipan data adalah melalui kaedah soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Statistik inferensi ujian bukan parametrik seperti ujian Mann-Whitney U, Wilcoxon Sign Rank dan Kruskall Wallis telah digunakan untuk melihat analisis perbandingan manakala ujian Spearman's Rho telah digunakan bagi melihat perhubungan di antara pemboleh ubah kajian. Ujian parametrik iaitu ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data daripada responden guru yang mempunyai taburan normal. Ujian-t dan ANOVA sehala pula digunakan untuk melihat perbandingan aspek pengetahuan keusahawanan pelajar yang telah diukur menggunakan skala selang dan bertaburan normal. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah manual berdasarkan tema dan pola yang dibentuk. Dapatan menunjukkan kaedah perlaksanaan PPU adalah sama di setiap negeri yang dikaji. Penilaian aspek input menunjukkan bahawa keseluruhan input pelaksanaan program adalah di tahap tinggi kecuali input kemudahan. Bagaimanapun penilaian telah mendapati beberapa aktiviti dalam proses perlaksanaan PPU masih kurang diberi penekanan. Masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan PPU di peringkat agensi pelaksana (PKN) adalah berkaitan peruntukan kewangan, kerjasama daripada JPN dan sekolah, kepakaran konsultan serta kesediaan guru untuk pelaksanaan program tersebut. Manakala masalah pelaksanaan di peringkat sekolah pula adalah berkaitan aspek minat dan komitmen pelajar di samping minat, motivasi, kesediaan dan kerjasama guru pembimbing dalam pelaksanaan PPU. Keberkesanan PPU telah dikenalpasti melalui penilaian ke atas aspek outcome program iaitu perubahan pelajar dalam aspek pengetahuan dan kemahiran serta sikap terhadap bidang keusahawanan. Kajian penilaian ini telah membuktikan bahawa PPU telah berjaya memupuk budaya keusahawanan terutamanya di peringkat awal pendidikan dan program ini perlu diperluaskan ke semua sekolah rendah di Malaysia.,PhD
Pages: 351
Call Number: HB615 .U735 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74947+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.