Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487726
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammed Sani Hj Ibrahim, Dr. | - |
dc.contributor.author | Shariffah Sebran Jamila Syed Imam (P43735) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:32:07Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:32:07Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74946 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487726 | - |
dc.description | Pengetua dan guru besar merupakan penentu utama kepada pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah. Sehubungan itu, fokus kajian ini untuk melihat tahap tret personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual terhadap pengetua dan guru besar novis dalam mengurus dan memimpin sekolah dengan berkesan. Kajian ini cuba mengenal pasti perbezaan tahap tret personaliti dan kemahiran dari aspek faktor demografi berdasarkan latihan profesional, tempoh memegang jawatan, jantina dan jawatan antara pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, kajian ini juga turut mengenal pasti hubungan latihan profesional terhadap tret personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis. Susulan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 116 pengetua novis dan 213 guru besar novis yang lantikan pada tahun 2006 hingga 2008 sebagai responden yang telah dipilih secara rawak berstrata. Kajian ini turut melibatkan seramai 886 penolong-penolong kanan daripada sekolah responden untuk melihat perspektif mereka terhadap tret personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, soal selidik digunakan sebagai instrumen utama untuk mengumpul data dan data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi MANOVA serta Model Persamaan Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan pengetua dan guru besar novis mempunyai tret personaliti dan kemahiran pada tahap yang sangat tinggi kecuali dalam aspek tret kecerdasan, kemahiran dalam pengurusan sumber manusia, pengurusan konflik, penetapan misi dan kemahiran kreativiti hanya pada tahap tinggi sahaja. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap tret personaliti dan kemahiran teknikal, kemanusiaan dan konseptual bagi pengetua dan guru besar novis berdasarkan latihan profesional dan tempoh memegang jawatan. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap tret personaliti dan kemahiran teknikal, kemanusiaan dan konseptual bagi pengetua dan guru besar novis berdasarkan jantina dan jawatan antara pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, analisis SEM menunjukkan terdapat hubungan yang positif signifikan secara langsung latihan profesional terhadap tret personaliti, kemahiran dan hubungan positif yang signifikan secara tidak langsung tret personaliti terhadap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Implikasi kajian ini menunjukkan latihan profesional mempunyai impak secara langsung terhadap tret personaliti dan kemahiran pengetua serta guru besar novis dalam mengurus dan memimpin sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, sebagai pengetua dan guru besar novis yang masih baru, mereka amat memerlukan sokongan bersepadu daripada sokongan program mentoran, pihak PPD, JPN dan latihan profesional yang berterusan bagi memajukan dan membangunkan pengurusan serta kepimpinan sekolah. Akhir sekali, tret personaliti dan kemahiran merupakan sinergi bagi melahirkan pengetua dan guru besar berkesan. Justeru, pembangunan profesionalisme dan pembugaran potensi pengetua dan guru besar novis amat penting dalam meningkatkan kapasiti pengurusan dan kepimpinan sekolah.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Latihan profesional engan tret personaliti | - |
dc.subject | Latihan hubungannya engan tret personaliti | - |
dc.subject | Tret personaliti | - |
dc.subject | Kemahiran mengurus | - |
dc.subject | Kemahiran memimpin | - |
dc.subject | Kemahiran pengetua dan guru besar novis | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.subject | School principals--Training of--Malaysia | - |
dc.title | Latihan profesional dan hubungannya dengan tret personaliti, kemahiran mengurus dan memimpin dalam kalangan pengetua dan guru besar novis di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 379 | - |
dc.identifier.callno | LB1738.5 .S533 2012 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74946+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.