Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487725
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaty Mohd Mazjub, Prof. Puan Sri Dr.-
dc.contributor.authorMohd. Anuar Abdullah (P28524)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:07Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:07Z-
dc.date.issued2012-02-09-
dc.identifier.otherukmvital:74943-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487725-
dc.descriptionPenguasan kemahiran membaca merupakan satu petunjuk yang penting kerana melaluinya seseorang itu akan dapat menimba dan menambah ilmu pengetahuan yang mungkin tidak dapat diperolehi melalui proses pengalaman. Kegemilangan tamadun manusia juga banyak bergantung kepada tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan rakyatnya. Sehubungan itu kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kadar keciciran penguasaan kemahiran membaca khususnya bagi murid-murid di sekolah rendah melalui pelbagai usaha yang telah diperkenalkan seperti Program PROTIM, KIA2M dan kelas Pemulihan Khas. Selain itu kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Khas telah membuka Program Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia untuk membantu mengurangkan tahap keciciran penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah disleksia. Kewujudan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia ini membuka peluang kepada masyarakat setempat yang mempunyai anak berkemungkinan disleksia untuk belajar di sekolah ini. Meskipun demikian apa yang mendukacitakan ialah ketiadaan sebarang kaedah atau teknik pengajaran yang spesifik untuk membantu kanakkanak disleksik ini. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program rintis disleksia di seluruh negara hanya menggunakan pendekatan `Withdrawal System` dengan aplikasi kaedah tradisional seperti yang diamalkan di program pemulihan khas. Kajian kuasi eksperimen yang dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah multisensori melalui empat domain iaitu pengecaman dan kecelaruan, abjad,suku kata, serta bacaan dan tulisan. Seramai 62 orang murid disleksia yang telah diuji melalui Instrumen Senarai Semak Disleksia Kementerian Pelajaran Malaysia (ISD) dan Ujian Bacaan Bahasa Melayu untuk Mengenalpasti Disleksia (UBBMDisleksia) telah dipilih untuk menjadi sampel kajian dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu eksperimen dan kawalan. Kumpulan eksperimen menggunakan kaedah multisensori dan kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional yang diamalkan di kelas aliran perdana selama sebelas minggu. Ujian pra dan pasca yang menggunakan instrumen `Jordan Oral and Written Screening Test` telah digunakan untuk melihat pencapaian kedua-dua kumpulan ini. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian Subjek Kajian yang menggunakan kaedah multisensori meningkat berbanding pencapaian subjek yang didedahkan dengan kaedah tradisional dalam keempat-empat domain. Oleh itu, penggunaan kaedah multisensori berkesan dalam meminimumkan jurang penguasaan kemahiran membaca bagi kanak-kanak disleksia.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKeberkesanan kaedah multisensori-
dc.subjectKaedah multisensori-
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu-
dc.subjectBahasa Melayu kanak-kanak disleksia-
dc.subjectKanak-kanak disleksia-
dc.subjectDyslexic children--Education-
dc.titleKeberkesanan kaedah multisensori dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kanak-kanak disleksia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages261-
dc.identifier.callnoLC4708 .M638 2012-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74943+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.