Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487724
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Arif bin Hj Ismail, Dr. Hj-
dc.contributor.authorNoraini Mohamed Noh (P42812)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:06Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:06Z-
dc.date.issued2012-2-23-
dc.identifier.otherukmvital:74942-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487724-
dc.descriptionKesediaan Guru Perpustakaan Media (GPM) untuk menerima inovasi EduwebTV lebih awal dari rakan yang lain di sekolah boleh membantu mempercepatkan proses penyebaran inovasi EduwebTV ke dalam sistem pendidikan di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan penerimaan dari aspek keinovatifan individu (KI), keinovatifan khusus teknologi maklumat (KKTM) dan efikasi kendiri komputer (EKK) serta sumbangannya terhadap penerimaan dan penggunaan sebenar inovasi EduwebTV. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada GPM di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Kaedah persampelan rawak berstrata digunakan bagi memperoleh sampel kajian seramai 546 orang GPM. Dapatan kajian menunjukkan majoriti GPM adalah kategori penerima Majoriti Awal dan tahap kesediaan penerimaan mereka daripada aspek KI, KKTM dan EKK adalah tahap sederhana. Tahap penerimaan inovasi EduwebTV daripada aspek kesenangan mengguna adalah tinggi, aspek kesenangan mengguna, sikap dan keinginan mengguna adalah tahap sederhana tetapi penggunaan sebenar EduwebTV adalah pada tahap rendah. Faktor tahap pendidikan, pengalaman mengajar, pengalaman menjadi GPM, tahap pengetahuan ICT, pengalaman menggunakan Internet dan kursus EduwebTV didapati secara kolektif memberi kesan serta pengaruh yang signifikan ke atas kesediaan penerimaan inovasi dalam kalangan GPM. Manakala pengetahuan ICT, pengalaman menggunakan Internet dan kursus EduwebTV masing-masing memberi sumbangan yang signifikan terhadap KI, KKTM dan EKK. Seterusnya didapati KI, KKTM dan EKK memberi sumbangan yang positif dan signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan sebenar EduwebTV. Implikasi kajian telah dibincangkan berdasarkan kepada keperluan latihan formal bagi GPM, kepentingan kandungan EduwebTV dan peranan badan-badan tertentu dalam institusi pendidikan terhadap pembangunan profesionalisma GPM di Malaysia. Kajian ini memberi sumbangan dalam maklumat empirikal yang terperinci tentang kesediaan GPM yang berkaitan dengan penerimaan inovasi, instrumen Kesediaan Penerimaan Inovasi EduwebTV (IKPI-EdwTV) dan Model Kesediaan Penerimaan Inovasi (MKPI).,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectInovasi EDUWEBTV-
dc.subjectEDUWEBTV-
dc.subjectGuru perpustakaan media-
dc.subjectSekolah-sekolah Malaysia-
dc.subjectEducational innovations-
dc.titleKesediaan penerimaan inovasi EDUWEBTV dalam kalangan guru perpustakaan media di sekolah-sekolah Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages364-
dc.identifier.callnoLB1027 .N645 2012-
dc.identifier.barcode000404-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74942+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.