Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487722
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJainabee Md. Kassim, Dr.-
dc.contributor.authorJamelaa Bibi Abdullah (P53851)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:05Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:05Z-
dc.date.issued2012-11-07-
dc.identifier.otherukmvital:74909-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487722-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional pengetua di sekolah menengah Negeri Pahang, berdasarkan empat dimensi iaitu mentakrif dan membentuk matlamat sekolah, mengurus program instruksional, menggalakkan iklim pembelajaran dan membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Turut dikaji ialah sikap terhadap perubahan berdasarkan dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku dan pembolehubah kepimpinan instruksional yang menyumbang kepada sikap terhadap perubahan. Kerangka konseptual kajian dibina berdasarkan gabungan Model Kepimpinan Instruksional Hallinger dan Murphy, Model Sikap Terhadap Perubahan oleh Dunham et al. serta Maio dan Haddock. Reka bentuk menggabungkan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualititatif (temu bual). Soal selidik diubah suai daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) untuk mengumpul data amalan kepimpinan instruksional dan The inventory of attitudes toward change untuk data mengenai sikap terhadap perubahan. Sampel kajian seramai 888 orang iaitu 104 pengetua dan 784 guru dari enam jenis sekolah menengah di Negeri Pahang dipilih berdasarkan kaedah persampelan berkelompok pelbagai lapis, manakala seramai 14 responden dipilih berdasarkan persampelan bertujuan untuk ditemu bual. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, kekerapan, min, sisihan piawai) dan statistik inferensi (MANOVA sehala & Regresi pelbagai stepwise). Dapatan kajian secara keseluruhannya menjelaskan amalan kepimpinan instruksional pengetua sekolah menengah Negeri Pahang pada tahap tinggi dan sikap terhadap perubahan adalah positif. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi kepimpinan instruksional berdasarkan jantina, jawatan sebagai pengetua cemerlang. Sikap terhadap perubahan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi dimensi kognitif, afektif dan tingkah laku berdasarkan jantina, jawatan sebagai pengetua cemerlang dan pengalaman sebagai pengetua. Kajian turut mendapati dimensi membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu memberi sumbangan terbesar pada sikap terhadap perubahan dalam kalangan pengetua. Implikasi kajian menjelaskan pengetua berupaya mengamalkan kepimpinan instruksional pada tahap yang baik di Negeri Pahang serta mempamerkan sikap yang positif terhadap perubahan. Justeru, maklumat ini dapat membantu pihak bertanggungjawab untuk merangka tindakan strategik seperti kursus-kursus peningkatan profesionalisme bagi melestarikan kecemerlangan kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah khususnya Negeri Pahang dan Malaysia amnya.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKepimpinan-
dc.subjectSchool principals -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAmalan kepimpinan instruksional dan sikap terhadap perubahan dalam kalangan pengetua sekolah menengah di negeri Pahang-
dc.typeTheses-
dc.format.pages333-
dc.identifier.callnoLB2806.J344 2012 tesis-
dc.identifier.barcode000210-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74909+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.