Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487717
Title: | Pertautan ibu bapa dan rakan sebaya dalam kalangan pelajar universiti serta hubungannya dengan yakin diri dan eksploitasi diri |
Authors: | Mohamad Isa Azis (P41744) |
Supervisor: | Zuria Mahmod, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pertautan ibu bapa dan rakan sebaya Kalangan pelajar universiti Yakin diri dan eksploitasi diri College students--Attitudes |
Issue Date: | 1-Aug-2011 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk melihat kualiti pertautan ibu bapa (PIB), pertautan rakan sebaya (PRS), yakin diri (YD) dan eksplorasi diri (ED) dalam kalangan pelajar universiti. Kualiti pertautan ibu bapa dan rakan sebaya mengandungi komponen (1) kepercayaan, (2) komunikasi dan (3) rasa diterima. Kajian ini juga meneliti hubungan dan sumbangan pertautan ibu bapa dan rakan sebaya terhadap yakin diri dan eksplorasi diri pelajar yang dikaji. Kajian ini menggabungkan kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif sebagai reka bentuk kajian. Pendekatan kuantitatif melibatkan kaedah tinjauan yang dijalankan pada fasa pertama, manakala pendekatan kualitatif melibatkan kajian kes dijalankan pada fasa kedua. Data yang dikumpul melalui temu bual dalam fasa kedua digunakan untuk menyokong dapatan kajian kuantitatif. Seramai 990 pelajar Tahun Pertama dari enam buah IPTA di Semenanjung Malaysia telah dipilih secara Rawak Pelbagai Lapisan dan Rawak Kelompok. Mereka telah memberikan respon kepada empat jenis instrumen kajian iaitu (1) Inventori Pertautan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya, (2) Instrumen Gaya Pertautan, (3) Instrumen Yakin Diri dan (4) Instrumen Eksplorasi Diri. Lima orang peserta kajian daripada populasi yang sama telah dipilih berdasarkan persampelan bertujuan untuk ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan kualiti pertautan ibu bapa adalah pada tahap sangat tinggi, manakala kualiti pertautan rakan sebaya, yakin diri dan eksplorasi diri pelajar universiti adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan daripada segi PIB dan PRS berdasarkan faktor jantina, lokasi asal pelajar, kaum dan tahap status sosioekonomi. Terdapat hubungan yang signifikan antara PIB dengan YD dan ED serta hubungan antara PRS dengan YD dan ED. Namun dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara faktor jantina, lokasi asal, kaum dan tahap status sosioekonomi terhadap PIB, PRS, YD dan ED dalam kalangan pelajar. Di samping itu juga, dapatan kajian juga menunjukkan sumbangan PRS adalah lebih tinggi berbanding dengan sumbangan PIB terhadap YD dan ED pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa pertautan ibu bapa dan rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembinaan yakin diri dan eksplorasi diri dalam kalangan pelajar yang dikaji.,PhD |
Pages: | 436 |
Call Number: | LB3605 .M845 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74883+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.