Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487711
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAb. Halim Tamuri, Prof. Madya Dato' Dr.-
dc.contributor.authorBani Hidayat Mohd Shafie (P53830)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:00Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:00Z-
dc.date.issued2014-07-07-
dc.identifier.otherukmvital:74845-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487711-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk menganalisis fungsi dan prasarana surau sekolah di SMK di Malaysia dan faktor-faktor yang menyumbang terhadap P&P PI di surau sekolah. Kajian ini berfokus kepada persepsi murid dan guru terhadap fungsi, prasarana dan P&P PI di surau sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan campuran (mix method) di mana data kuantitatif disokong oleh data kualitatif. Seramai 1604 orang murid tingkatan empat dari empat zon di Malaysia (utara, tengah, selatan dan timur), 190 orang guru pendidikan Islam sebagai responden kajian. Di samping itu, 16 orang murid dan 8 orang guru pendidikan Islam telah ditemu bual serta pemerhatian daripada aspek fizikal surau sekolah. Kajian rintis telah dijalankan dengan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi soal selidik adalah tinggi (>0.90). Data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan min, sisihan piawai, peratus. Beberapa ujian inferensi juga telah dijalankan seperti ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi berganda pada aras (p<0.05). Pada umumnya hasil dapatan menunjukkan bahawa fungsi surau sekolah berada pada tahap tinggi iaitu murid (min=4.33) dan guru (min=4.29). Persepsi pelajar terhadap P&P PI di surau sekolah adalah sederhana rendah (min=2.84) dan guru (min=2.98). Manakala prasarana surau sekolah berada pada tahap sederhana tinggi iaitu murid (min=3.69) dan guru (min=3.61). Secara am, dapatan ujian-t dan ANOVA sehala mendapati wujud perbezaan yang signifikan pada aras (p<0.05) antara P&P PI di surau sekolah dan prasarana berdasarkan demografi murid manakala tidak wujud perbezaan yang signifikan pada aras (p<0.05) antara fungsi, P&P PI di surau sekolah dan prasarana berdasarkan demografi guru. Begitu juga, analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara fungsi dengan P&P PI di surau sekolah dalam kalangan murid dengan nilai (r=0.638, p<0.01) dan guru (r=0.605, p<0.01) manakala prasarana dengan P&P PI di surau sekolah dalam kalangan murid dengan nilai (r=0.803, p<0.01) dan guru (r=0.772, p<0.01). Seterusnya analisis data regresi berganda menunjukkan bahawa fungsi surau sekolah dan prasarana dalam kalangan murid memberi sumbangan yang signifikan terhadap P&P PI di surau sekolah iaitu 77.3% manakala dalam kalangan guru pula sebanyak 75.2%. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa aspek fizikal dan elemen ergonomik juga memberi sumbangan yang signifikan terhadap P&P PI di surau sekolah. Sebagai rumusan bahawa fungsi surau sekolah dan prasarana berupaya meningkatkan dan merperkasakan P&P PI di surau sekolah. Sebagai sumbangan, kajian ini mencadangkan Model Surau Sekolah Bersepadu dalam P&P Pendidikan Islam di SMK di Malaysia.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFungsi surau sekolah-
dc.subjectPengajaran Islam-
dc.subjectPendidikan Islam-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleFungsi surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam-
dc.typeTheses-
dc.format.pages429-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74845+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.