Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487709
Title: | Amalan ibadat harian dan kecekapan peribadi kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) |
Authors: | Mohd Sabri Mamat (P28525) |
Supervisor: | Ab Halim bin Tamuri, Prof. Madya Dato' Dr. |
Keywords: | Amalan ibadat harian Kecekapan peribadi kecerdasan emosi Kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara Maktab Rendah Sains Mara MRSM High school students--Malaysia--Attitudes |
Issue Date: | 5-Dec-2013 |
Description: | Kajian ini merupakan satu penerokaan untuk melihat profil amalan ibadat harian pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) seluruh Malaysia berdasarkan demografi. Kajian juga melihat hubungan dan sumbangan ibadat harian terhadap kecekapan peribadi kecerdasan emosi (KPEQ). Skop amalan ibadat harian merangkumi amalan solat, amalan membaca al-Quran, amalan puasa, amalan zikir doa. Skop KPEQ pula merangkumi aspek kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri serta kerohanian. Pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data kualitatif digunakan dalam kajian ini. Dua instrumen soal selidik yang digunakan adalah Inventori Penghayatan Ibadat Harian MRSM (IPIH-MRSM) yang dibina sendiri serta Inventori Kecerdasan Emosi Malaysia (IKEM -MEQI vR). Data kualitatif menggunakan kaedah temu bual kumpulan fokus (FG). Seramai 674 orang pelajar tingkatan lima telah dipilih secara rawak berkelompok berdasarkan kelompok zon MRSM. Pada masa yang sama sebanyak 5 kumpulan fokus yang terdiri daripada 34 orang peserta turut terlibat. Analisis dapatan menggunakan statistik deskriptif (min, peratus, sisihan piawai) dan inferensi (Ujian-t, Anova, korelasi Pearson dan Regresi berganda) serta disokong oleh data kumpulan fokus. Secara keseluruhannya, korelasi antara amalan ibadat harian dengan keeempat-empat domain KPEQ antara 0.409 hingga 0.610. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan ibadat harian serta faktor KPEQ dalam kalangan pelajar MRSM secara keseluruhannya adalah pada tahap tinggi. Data inferensi juga menunjukkan persepsi yang berbeza-beza antara pelajar tentang amalan ibadat harian dalam kalangan mereka. Analisis data inferensi menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam amalan ibadat harian berdasarkan jantina tetapi wujud perbezaan berdasarkan lokasi tempat tinggal, tahap kemahiran membaca al-Quran serta tahap pendapatan ibu bapa mereka. Analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa amalan ibadat secara keseluruhannya memberi sumbangan yang signifikan terhadap faktor kecekapan peribadi pelajar didahului oleh amalan zikir & doa, membaca al-Quran, solat dan puasa. Dapatan FG pula menunjukkan bahawa kesemua elemen ibadat harian menyumbang kepada peningkatan KPEQ pelajar. Kajian ini mengesahkan pandangan yang diutarakan oleh sarjana-sarjana Islam bahawa amalan ibadat sangat penting dalam proses pembentukan peribadi insan. Implikasi kepada pendidikan MRSM, kesengajaan dalam penggubalan program pembentukan sahsiah dan personaliti terutamanya kepada remaja perlu diberi perhatian walaupun kecemerlangan akademik amat diutamakan.,PhD |
Pages: | 365 |
Call Number: | LB1060.2 .M836 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74822+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.