Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487698
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZahara Aziz, Prof. Madya Datin Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Rafaai bin Ayudin (P38902)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:31:54Z-
dc.date.available2023-10-11T09:31:54Z-
dc.date.issued2011-8-28-
dc.identifier.otherukmvital:74345-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487698-
dc.descriptionKajian ini bertujuan menilai keberkesanan pengajaran Sejarah sebagai satu program berdasarkan dimensi input, proses dan produk menggunakan Model Penilaian CIPP. Tinjauan dibuat dengan tujuan mengenalpasti tahap keberkesanan, perbezaan yang wujud berdasarkan pembolehubah bebas jantina, kaum dan pengalaman mengajar, hubungan antara konstruk dan sumbangan konstruk latihan guru terhadap proses serta sumbangan konstruk proses terhadap produk pembelajaran. Penilaian terhadap Program Latihan Guru Sejarah melibatkan kandungan kursus, kemudahan kursus, tenaga pengajar dan kemahiran menggunakan medium pengajaran. Manakala penilaian proses pengajaran melibatkan kejelasan pengajaran dan aktiviti pembelajaran, sedangkan penilaian produk pembelajaran melibatkan pencapaian matlamat pembelajaran, kesediaan belajar, kefahaman konsep dan pemikiran Sejarah. Kajian ini melibatkan seramai 382 orang guru dan 1000 orang pelajar yang dipilih berdasarkan empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. Instrumen soal selidik Skala Likert Lima Mata digunakan bagi mengumpul data kajian dengan tambahan Ujian Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah serta protokol temubual. Secara keseluruhannya perspektif guru terhadap Program Latihan Guru Sejarah dan Proses Pengajaran Sejarah adalah sederhana. Kajian ini mencadangkan langkahlangkah penambahbaikan dan pengubahsuaian semua konstruk latihan guru Sejarah agar sesuai dengan keperluan di sekolah yang menghimpun kepelbagaian pelajar, manakala perspektif pelajar terhadap Proses Pengajaran Sejarah dan Produk Pembelajaran juga adalah sederhana. Semua konstruk Program Latihan Guru Sejarah menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi jantina berdasarkan perspektif guru. Hubungan yang tinggi diperlihatkan antara kemudahan kursus dan tenaga pengajar terhadap kejelasan pengajaran, manakala kemudahan kursus dan kemahiran menggunakan medium pengajaran menunjukkan hubungan yang sangat tinggi terhadap aktiviti pembelajaran. Hubungan proses pengajaran terhadap produk pembelajaran juga adalah signifikan. Analisis regresi menunjukkan sumbangan yang ketara kemahiran menggunakan medium pengajaran terhadap proses pengajaran Sejarah iaitu 13% manakala sumbangan yang paling tinggi konstruk kejelasan pengajaran adalah terhadap pencapaian matlamat pembelajaran iaitu 22.3%. Konstruk aktiviti pembelajaran paling menyumbang terhadap pemikiran Sejarah iaitu 14 %. Dapatan temubual dengan guru menunjukkan pengakuan guru terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan berasaskan sekolah serta masalah-masalah yang dihadapi berkaitan pengajaran kefahaman konsep dan penerapan pemikiran Sejarah. Temubual dengan pelajar pula memberikan maklumat tentang kualiti pengajaran guru Sejarah. Implikasi kajian ini dapat memberikan input kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Kajian ini juga mencadangkan model alternatif iaitu Model Lima Tahap Pengajaran Kefahaman Konsep dan Pemikiran Sejarah.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengajaran Sejarah-
dc.subjectPencapaian matlamat pembelajaran-
dc.subjectKesediaan belajar-
dc.subjectKefahaman konsep-
dc.subjectPemikiran Sejarah-
dc.subjectHistory -- Study and teaching-
dc.titleKeberkesanan pengajaran sejarah berasaskan pencapaian matlamat pembelajaran, kesediaan belajar, kefahaman konsep dan pemikiran sejarah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages320-
dc.identifier.callnoD16.2.A377 2012-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74345+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.