Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487680
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd Nor Abdullah, Dr.-
dc.contributor.authorRoslan Ab Rahman (P56656)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:07:29Z-
dc.date.available2023-10-11T08:07:29Z-
dc.date.issued2016-05-16-
dc.identifier.otherukmvital:84901-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487680-
dc.descriptionGaya bahasa al-itnab yang digunakan dalam al-Quran ini mempunyai nilai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri berdasarkan kedudukannya sebagai kalam Allah SWT. Ia juga merupakan satu daripada unsur icjaz al-Quran. Terdapat beberapa kajian berkaitan al-itnab dalam al-Quran. Namun begitu, kajian sebelum ini didapati hanyalah berkisar pada jenis-jenis al-itnab dan contoh-contohnya tanpa memperincikan kekuatan gaya bahasa dan maknanya yang boleh membuktikan al-itnab sebagai satu icjaz al-Quran. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah untuk menganalisis sampel ayat yang menggunakan gaya al-itnab mengikut jenis yang ditentukan. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data primer diperolehi daripada buku-buku tentang balaghah, icjaz al-Quran dan tafsir al-bayan. Manakala data sekunder pula berdasarkan kepada buku-buku tentang bahasa, linguistik dan lain-lain. Data juga diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan. Sebanyak 22 sampel ayat yang menggunakan gaya al-itnab dipilih berdasarkan kaedah Persampelan Bertujuan untuk dianalisis secara deskriptif iaitu masing-masing 2 sampel bagi 10 jenis utama bagi al-itnab dan masing-masing 1 sampel bagi 2 jenis tambahan iaitu al-tafsir dan al-istiqsa'. Keseluruhan sampel juga dibicarakan bagi menunjukkan kaitan penggunaannya dengan dua tema utama iaitu akidah dan ibadah. Hasil kajian ini mendapati bahawa gaya bahasa al-Itnab dalam al-Quran terbukti mempunyai keistimewaan dan kekuatannya yang tersendiri sehingga menjadikannya sebahagian daripada unsur icjaz al-Quran. Hal ini terbukti menerusi kesepaduan antara teori nahu dan balaghah (al-macani, al-bayan dan al-badic) dalam proses pentafsiran makna. Perkara ini menunjukkan ketiga-tiga kompenan utama balaghah itu tidak boleh dipisahkan dalam rangka menelusuri sesuatu makna ayat. Penggunaan jenis al-tadhyil, al-ihtiras, al-tatmim, al-ictirad dan wadc al-zahir mawdic al-damir dilihat lebih banyak pada ayat bertema akidah, manakala selebihnya jenis al-idah bacd al-ibham, dhikr al-khas bacd al-cam, dhikr al-cam bacd al-khas, al-ighal, al-tafsir dan al-istiqsa' dilihat menjurus kepada ayat bertema ibadah. Manakala jenis al-takrar dilihat seimbang antara dua tema tersebut. Pelbagai makna tersirat dapat dizahirkan dan memberi kesan mendalam serta boleh menyentuh sanubari manusia agar berfikir dengan rasional tentang kebenaran mesej daripada al-Quran. Keistimewaan al-itnab juga didapati menerusi tujuannya yang menghilangkan keraguan dan menjawab persoalan yang timbul. Kebanyakan gaya al-itnab juga mempunyai makna penegasan dan pengukuhan makna ayat. Hal ini menunjukkan al-Quran amat mementingkan gaya penyampaian yang sesuai dengan situasi dan pendengar agar sesuatu mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Implikasi kajian ini mencadangkan satu dimensi baharu yang terdapat dalam beberapa istilah jenis al-itnab digunapakai dalam pengajian balaghah. Kajian ini juga dapat memberi sumbangan terhadap kaedah proses pengkajian makna ayat al-itnab yang boleh digunakan juga pada kompenen balaghah yang lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGaya bahasa-
dc.subjectAl-itnab-
dc.subjectBalaghah-
dc.subjectAl-Quran-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis balaghah terhadap gaya bahasa al-itnab dalam al-Quran al-Karim-
dc.typeTheses-
dc.format.pages322-
dc.identifier.barcode002571(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84901+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.