Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487674
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Mohd Ridzuan Awang
dc.contributor.authorMohamad Amin bin Abu Baka (P47265)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:07:24Z-
dc.date.available2023-10-11T08:07:24Z-
dc.date.issued2012-01-27
dc.identifier.otherukmvital:84430
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487674-
dc.descriptionSyeikh Tahir Jalaluddin merupakan seorang ulama terkenal pada abad ke-20 M yang menguasai pelbagai disiplin ilmu. Namun begitu, kajian khusus mengenai sumbangan beliau terhadap perkembangan fiqh dan falak yang dipersembahkan dalam sebuah kajian ilmiah belum ditemui. Kebanyakan penulisan sebelum ini, lebih menumpukan dalam aspek biografi, pemikiran pembaharuan, sumbangan dalam epistemologi Islam dan kesusasteraan Melayu sahaja. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis biografi dan karya Syeikh Tahir Jalaluddin daripada pelbagai sumber dan melihat sejauh mana sumbangan beliau terhadap perkembangan fiqh dan falak. Limitasi lokasi kajian adalah Nusantara yang memfokuskan Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia dan Singapura) dan Indonesia sahaja. Secara keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan memfokuskan penyelidikan analisis dokumen terhadap data-data yang relevan melalui teks-teks dan bahan-bahan yang ditemui. Di samping itu, pengkaji turut melakukan penyelidikan lapangan seperti temubual dan pemerhatian. Kajian ini mendapati, sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin terhadap perkembangan fiqh dan falak di Nusantara banyak dicurahkan melalui karya-karya penulisan, proses pembelajaran dan pengajaran, dan khidmat kepada masyarakat dan negara. Kajian ini juga mendapati bahawa Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan tokoh terawal di Nusantara yang memperkenalkan penulisan fiqh bentuk baru yang berbeza dengan corak penulisan ulama-ulama terdahulu. Beliau juga merupakan seorang ulama yang mahir dan dapat mengaplikasikan kajian ilmu falak tradisional dan moden. Sumbangan kajian ini diharap dapat menyuntik penyelidikan dan wacana lebih lanjut mengenai ketokohan ulama-ulama Nusantara lain, seperti yang ditunjukkan oleh Syeikh Tahir Jalaluddin di samping dapat menambah khazanah ilmu dalam kajian fiqh dan falak.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectFiqh dan Falak
dc.subjectIslamic astronomy
dc.titleSumbangan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki terhadap perkembangan fiqh dan falak
dc.typeTheses
dc.format.pages408
dc.identifier.callnoBP80.S994 M843 2012
dc.identifier.barcode001899
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.