Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487668
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Nasir Omar, Prof. Dr.
dc.contributor.authorLukman Hakim (P36291)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:07:19Z-
dc.date.available2023-10-11T08:07:19Z-
dc.date.issued2014-05-20
dc.identifier.otherukmvital:82106
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487668-
dc.descriptionLiberalisme adalah fahaman yang menekankan kepada kebebasan individu dalam berfikir dan bertindak. Fahaman ini pada awalnya muncul di Eropah sebagai bentuk pembebasan manusia dari cengkaman gereja. Dalam perkembangan selanjutnya fahaman ini menyerap ke dalam masyarakat Islam melalui proses penjajahan dan pembaratan yang terjadi pada antara abad ke 16 hingga abad ke 17. Liberalisme turut mempengaruhi pemikiran Islam di Indonesia dan mendapat sambutan hangat terutama dari kalangan pemikir Islam yang mendapat pendidikan Barat. Nurchlolish Madjid merupakan seorang pemikir Islam ternama sekaligus kontroversial kerana beliau dianggap telah membawa faham liberalisme dalam pembaharuan Islam di Indonesia. Kajian ini bertujuan menyingkap liberalisme dalam pemikiran Nurcholish Madjid. Kajian ini meneroka beberapa gagasan dan idea yang cuba dikemukakan oleh Nurcholish Madjid meliputi; gagasan tentang modenisasi dan sekularisasi, liberalisasi politik Islam, pluralisme agama dan kesetaraan gender. Kajian ini menggunakan metode deskriptif kualitatif dengan pendekatan sejarah dan sosiologi. Penyelidikan ini ditumpukan kepada kajian kepustakaan, iaitu mengumpulkan semua data yang berhubungan dengan penelitian. Semua data yang terkumpul, selanjutnya dianalisis dengan menggunakan metode analisis kandungan sehingga akan dapat diterokai sebuah pemahaman menyeluruh tentang liberalisme dan pemikiran Islam Nurcholish Madjid. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran Islam Nurcholish Madjid membawa pengaruh liberalisme ke dalam pembaharuan pemikiran Islam di Indonesia. Beliau menggalakkan idea modenisasi agar umat Islam mampu berfikir secara rasional dan tidak terikat dengan nilai-nilai tradisional. Selain itu beliau juga mengemukakan idea sekularisasi agar umat Islam mampu membezakan antara hal yang bersifat duniawi dan hal yang bersifat ukhrawi. Dalam bidang politik, Nurcholish Madjid melakukan liberalisasi politik Islam dengan cara memperjuangkan Islam secara substantif dan menolak pembentukan negara Islam secara formal. Mengenai hubungan antara agama, Nurcholish Madjid memperkenalkan faham pluralisme agama yang menyakini bahawa semua agama membawa kebenaran yang sama dan menjanjikan keselamatan dunia dan akhirat. Mengenai hubungan gender, beliau menghendaki terwujudnya kesetaraan gender antara perempuan dan laki-laki atas landasan persamaan darjat dan prinsip keadilan. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pemikiran Islam Nurcholish Madjid mengandungi unsur liberalisme, sehingga ia memunculkan respon pro dan kontra dalam kalangan intelektual Islam di Indonesia. Implikasi kajian ini terhadap wacana pemikiran Islam adalah bahawa fahaman liberalisme boleh menyerap dalam gagasan-gagasan pemikiran Islam semasa. Oleh kerana demikian, diperlukan kajian kritis atas setiap gagasan pembaharuan Islam bagi mengawal pengaruh liberalisme dalam Islam.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectLiberalism - Religious aspects-Islam
dc.titleLiberalisme dan pemikiran Islam Nurcholish Madjid
dc.typeTheses
dc.format.pages267
dc.identifier.callnoBP190.5.F7 L84 2014
dc.identifier.barcode001745
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82106+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.