Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487665
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya. Dr. | |
dc.contributor.author | Hervrizal (P38818) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:07:17Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:07:17Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81994 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487665 | - |
dc.description | Muhammadiyah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan sejak permulaan abad ke-20 Masehi. Sebagai sebuah organisasi masyarakat Islam, Muhammadiyah mengggunakan pendekatan dakwah, pendidikan dan perkhidmatan sosial dalam merealisasikan misi keagamaannya dalam masyarakat. Dalam mempromosikan program pembangunan modal insan di Indonesia, Muhammadiyah menggunakan konsep menyuruh kepada yang baik (amr bi al-Macruf), mencegah kemungkaran (nahy can al-Munkar) dan pembaharuan (Tajdid) dalam aktiviti aktivitinya, yang berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Nabi. Dakwah dan gerakan keagamaan yang dilaksanakan oleh Muhammadiyah di kalangan masyarakat Melayu Rantau Kuantan Riau mengundang respon positif dan negatif daripada masyarakat. Kajian ini merupakan suatu kajian tentang respon Melayu Rantau Kuantan Riau terhadap aktiviti keagamaan dan pergerakan Muhammadiyah yang merangkumi tiga aspek utama, iaitu pengetahuan, sikap dan tingkah laku. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap respon masyarakat, menerokai perbezaan respon masyarakat dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi respon mereka terhadap aktiviti keagamaan Muhammadiyah berdasarkan latar belakang demografi. Lokasi kajian ialah Rantau Kuantan di kabupaten Kuantan Singingi Riau Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi dan tinjauan yang menganalisis dokumendokumen yang berkaitan, soal selidik, temubual dan pemerhatian. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui teknik statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi pengetahuan, respon masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti keagamaan Muhammadiyah adalah (Min 22.25 = 33.2%) dan dari segi sikap adalah (Min 72.90=77.4%), yang kedua-duanya sederhana. Walau bagaimanapun, respon mereka dari segi tingkah laku adalah (Min 12.18= 55.7%), iaitu rendah. Kajian ini menunjukkan bahawa kurangnya penyertaan masyarakat Melayu dalam aktiviti keagamaan Muhammadiyah, memberi kesan ke atas kurangnya pengetahuan agama mereka, seperti mana kurangnya hubungan kerjasama mereka terhadap misi keagamaan Muhammadiyah, untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni yang menghormati kepelbagaian dan perbezaan. Kajian ini juga mendapati bahawa teori-teori psikologi sosial seperti tingkah laku dan kognitif, boleh digunakan sebagai pendekatan tambahan dalam pemikiran Islam terutama dalam menganalisis respon masyarakat terhadap aktiviti keagamaan pertubuhan-pertubuhan masyarakat Islam, seperti Muhammadiyah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa organisasi Muhammadiyah sebagai gerakan sosial keagamaan dalam masyarakat Melayu Rantau Kuantan perlu melakukan perubahan pendekatan bagi mempertingkatkan responpositif masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti keagamaan mereka.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Gerakan Muhammadiyah | |
dc.subject | Melayu riau | |
dc.subject | Islam-Missions-Indonesia | |
dc.title | Respon masyarakat Melayu Rantau Kuantan Riau Indonesia terhadap aktiviti agama gerakan Muhammadiyah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 290 | |
dc.identifier.callno | BP10.M843 H447 2015 | |
dc.identifier.barcode | 001582 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81994+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.91 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.