Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487658
Title: | Penyertaan kelas menengah muslim dalam pembangunan masyarakat Islam : kajian di Lombok, Indonesia |
Authors: | Muhammad Zaki Abdillah (P40411) |
Supervisor: | Ibnor Azli Ibrahim, Dr |
Keywords: | Kelas Menengah Muslim Masyarakat Islam Lombok Islamic sociology-Lombok-Indonesia |
Issue Date: | 3-Feb-2015 |
Description: | Kelas menengah merupakan satu konsep yang sering menjadi perbahasan dalam bidang sains sosial. Ia merupakan satu istilah yang sukar didefinisikan kerana dianggap relatif dan subjektif. Islam sendiri tidak menerangkan kewujudan kelas dalam struktur masyarakatnya. Sungguhpun tidak wujud konsep kelas dalam Islam, kajian mengenainya perlu diketengahkan bagi memahami penggunaan konsep ini dalam konteks masyarakat Muslim khususnya di Lombok, Indonesia. Kelas menengah Muslim telah wujud sejak lama di Pulau Lombok. Kehadiran golongan ini membawa perubahan dalam pembangunan masyarakat Islam khususnya dalam bidang pendidikan dan pengenalan syariat Islam. Pada era reformasi golongan ini semakin berkembang dan berpeluang memainkan peranan yang lebih besar dalam menyertai pembangunan masyarakat terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Oleh itu, kajian ini dikemukakan bagi membincangkan penyertaan kelas menengah Muslim Lombok dalam pembangunan masyarakat Islam dengan memfokuskan kepada amalan demokrasi dan aktiviti ekonomi Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kepustakaan dan tinjauan. Kajian kepustakaan dijalankan dengan menganalisis dokumen-dokumen berkaitan, sedangkan kajian tinjauan menggunakan soalselidik, temu bual dan pemerhatian. Data-data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) sebelum dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini telah menyediakan satu konsep dan profil mengenai kelas menengah Muslim Lombok. Kajian ini juga mendapati kelas menengah Muslim menunjukkan penyertaan yang signifikan dalam membangun masyarakat Islam di Lombok melalui amalan demokrasi terutama penyertaan mengundi pada pilihan raya dan sokongan ke atas calon-calon dan parti-parti berlatarbelakangkan Islam. Kelas menengah Muslim Lombok juga didapati terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi Islam dengan menubuhkan institusi amil zakat swasta. Walau bagaimanapun, dalam beberapa amalan demokrasi dan aktiviti ekonomi Islam seperti penyertaan dalam parti politik, kempen pilihan raya, melanggan bank-bank syariah dan takaful didapati penyertaan golongan ini masih rendah. Implikasi dari penyertaan yang rendah ini menjadikan kelas menengah Muslim Lombok tidak muncul sebagai suatu kelompok pendesak yang mampu mencorakkan warna politik, ekonomi dan sosial yang ketara meskipun kewujudan kelompok ini kian bertambah. Pihak berkepentingan perlu mengambil kira pengaruh kelompok ini dalam institusi mereka jika ingin mendapatkan kejayaan yang maksimum.,Ph.D |
Pages: | 242 |
Call Number: | BP173.25.M849 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81933+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.