Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487656
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr Kasih Abu Bakar-
dc.contributor.authorTaufik Ismail (P45197)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:07:10Z-
dc.date.available2023-10-11T08:07:10Z-
dc.date.issued2013-11-04-
dc.identifier.otherukmvital:81524-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487656-
dc.descriptionAntara permasalahan yang ketara dalam pengajaran kesusasteraan Arab untuk penutur bukan Arab ialah kerana tidak ada penyelarasan dalam pemilihan isi kandungannya, terutama teks-teks sastera. Kebanyakannya tidak berdasarkan prinsip-prinsip kajian ilmiah, tetapi bergantung kepada pandangan-pandangan individu secara rawak. Lantaran itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kriteria-kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan teks sastera Arab yang sesuai untuk pelajar Malaysia di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari sudut keperluan pendidikan, kebudayaan, bahasa dan psikologi pelajar, berdasarkan pandangan mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang ini. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah temu bual semi berstruktur sebagai instrumen kajian. Seramai tujuh orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada dua orang penggubal sukatan pelajaran bahasa Arab, seorang pegawai Majlis Peperiksaan Malaysia, dua orang guru bahasa Arab kertas dua dan dua orang pelajar di peringkat STPM. Pemilihan mereka berdasarkan persampelan bertujuan. Responden kajian ini yang terdiri daripada pelbagai pihak dapat memenuhi triangulasi data dalam kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif mengikut kategori, tema dan sub tema, berdasarkan kepada teks temubual respondan yang ditranskripsi. Secara keseluruhannya, kajian ini mengenal pasti 38 kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan teks sastera Arab di peringkat STPM, iaitu; 18 kriteria dalam aspek pendidikan, tujuh kriteria dalam aspek kebudayaan dan bahasa, dan enam kriteria dalam aspek psikologi pelajar. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, terutamanya jawatankuasa penggubal sukatan pelajaran bahasa Arab dalam memilih teks-teks sastera Arab yang sesuai untuk peringkat STPM.,One of the conspicuous problems in Arabic literature teaching for non-Arab speakers is the absence of coordination in selecting the content of, mainly, literary texts. Mostly, the selection is not based on academic research principles, but on random individual views. Therefore, the objective of this study is to identify the criteria that need consideration in selecting Arabic literary texts that suit Malaysian students at the STPM level from the aspects of students' educational, cultural, linguistic and psychological needs, based on the views given in semi-structured interviews used in this study. Seven respondents took part in this study and they comprised of two Arabic language syllabus designers, one Malaysian Examination Council official, two paper II Arabic teachers and two students at the STPM level. Their selection was based on purposive sampling. The respondents were of various parties that satisfy the data triangulation in this study. The data of this study are descriptively analyzed and grouped into categories, themes and sub-themes, based on the transcribed texts of the interviews with the respondents. On the whole, this study identifies 38 criteria necessarily considered in the selection of Arabic literary texts for the STPM level, i.e. 18 criteria in educational aspect, seven criteria in cultural and linguistic aspects, and six criteria in psychological aspect. The findings of this study can be taken as a guideline for the Malaysia Examination Council, mainly for the committee of Arabic language syllabus designers in selecting Arabic literary texts that suit STPM students.,Ph.D-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengajaran kesusasteraan Arab-
dc.subjectTeks sastera Arab-
dc.subjectPelajar STPM-
dc.subjectArabic literature-study and teaching (Secondary)-Malaysia-
dc.titleKriteria pemilihan teks sastera dalam pengajaran kesusasteraan Arab di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages245-
dc.identifier.callnoPJ6068.M4 T347 2013-
dc.identifier.barcode001713-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81524+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.