Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487644
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Maheram Ahmad, Dr. | |
dc.contributor.author | Ahmed Thalal Hassan (P50642) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:07:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:07:00Z | - |
dc.date.issued | 2013-02-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75147 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487644 | - |
dc.description | Wanita merupakan gender pelengkap kepada lelaki. Perbezaan yang ketara di antara kedua-dua gender, status sosial dan tahap pendidikan, memerlukan satu teknik komunikasi yang berbeza, yang perlu digunakan ketika proses komunikasi berlangsung. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap dan menganalisa pelbagai gaya bahasa yang digunakan oleh Rasulullah (s.a.w) ketika berkomunikasi dengan wanita. Kajian turut menganalisis aspek-aspek bahasa dan praktis sosial yang terdapat dalam Hadith-hadith tersebut. Di samping itu, kajian ini turut mendedahkan kepada masyarakat, bentuk gaya bahasa yang sewajarnya digunakan ketika berkomunikasi dengan wanita sebagaimana digariskan oleh agama Islam. Kajian kualitatif yang dijalankan ini menggunakan analisis dokumen sebagai korpus dapatan data. Sampel kajian dianalisis secara deskriptif berdasarkan kepada 34 buah hadith daripada kitab Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari yang disaring berdasarkan temanya; Ummul Mukminin (20), Sahabiyyat (8), dan Wanita kebanyakan (6). Selain persoalan berkaitan bahasa dan gaya bahasa, kajian ini juga menyentuh beberapa aspek lain, seperti aspek psikologi, aspek kerohanian dan keberkesanan gaya bahasa Rasulullah (s.a.w) pada jiwa para wanita. Kajian ini mendapati bahawa ketika berbicara dengan Ummul Mukminin, Rasulullah menggunakan gaya bahasa yang tinggi dan ijaz, dan apabila berbicara dengan Sahabiyyat, baginda menggunakan gaya bahasa yang sederhana, bergantung kepada ilmu pengetahuan mereka, manakala dengan wanita kebanyakan, baginda menggunakan gaya bahasa yang paling mudah dan mendatar, serta tidak mengandungi bahasa berlapik. Di samping itu, kajian ini juga berjaya menemukan satu dimensi baharu dalam bidang analisis wacana, iaitu persoalan gaya bahasa komunikasi yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wanita.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Wacana Gaya Bahasa Komunikasi Rasulullah (S.A.W.) | |
dc.subject | Gaya Bahasa Komunikasi Rasulullah (S.A.W) Dengan Wanita | |
dc.subject | Muhammad | |
dc.subject | - Prophet | |
dc.subject | -d. 632-Relations with women | |
dc.title | Analisis Wacana Gaya Bahasa Komunikasi Rasulullah (S.A.W) Dengan Wanita | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 323 | |
dc.identifier.callno | BP75.84 .A37 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000528 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75147+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.