Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487643
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Zalikhah Md. Nor, Prof Madya Datin Dr.
dc.contributor.authorNoor Hira Haji Noor Kaseh (P43762)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:59Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:59Z-
dc.date.issued2013-11-07
dc.identifier.otherukmvital:75146
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487643-
dc.descriptionPengurusan dan pembangunan harta wakaf jika diurus dengan baik dan efektif akan dapat membantu golongan yang memerlukan dan menjana ekonomi negara. Negara Brunei Darussalam seperti negara-negara lain yang mempunyai harta wakaf tidak terkecuali mengalami berbagai masalah dan kesulitan dalam mengurus dan membangun harta tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah dan latar belakang permulaan harta wakaf di Negara Brunei Darussalam, menjelaskan kuasa dan peranan Majlis Ugama Islam Brunei sebagai pemegang amanah tunggal bagi harta wakaf, menganalisis sistem pengurusan, pembangunan dan perundangan harta wakaf di Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam dan Jabatan Mufti Kerajaan. Disamping itu mengenalpasti faktor-faktor kelemahan, halangan dan permasalahan yang dihadapi oleh Majlis Ugama Islam Brunei dan institusi-institusi yang berhubungkait dengannya. Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang merangkumi temubual dan pengamatan di tempat-tempat yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian mendapati harta wakaf di Negara Brunei Darussalam terdiri daripada wakaf khas seperti tanah bagi tapak masjid, masjid, surau, balai ibadat, tanah perkuburan, tanah bagi sekolah agama dan wang tunai. Selain itu terdapat beberapa tanah wakaf yang berbentuk wakaf am yang telah dibangun dan dikomersilkan oleh Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Kajian ini juga mendapati pengurusan dan pembangunan harta wakaf kurang diberi perhatian yang serius terhadap pengurusan dan pembangunannya berbanding dengan pengurusan zakat. Masalah perundangan, kelemahan pentadbiran dan pengurusan, kekurangan perancangan, fizikal tanah dan lain-lain menjadi halangan bagi kelancaran terhadap pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Negara Brunei Darussalam. Kajian juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan saranan dari aspek pengurusan, pembangunan dan perundangan bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf tersebut. Selain itu pelaksanaan wakaf tunai dan istibdal harta wakaf wajar dilakukan di Negara Brunei Darussalam bagi memperkembangkan dan mempergiatkan lagi potensi harta wakaf dan relevan dengan tuntutan semasa yang berlandaskan syariat Islam. Disamping dapat memberi faedah yang bernilai yang dapat dinikmati oleh masyarakat di negara ini khasnya dan membantu pemegang amanah serta institusi yang berkenaan dalam memperkemaskan sistem pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Negara Brunei Darussalam amnya.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPengurusan Harta Wakaf Di Negara Brunei
dc.subjectPembangunan Harta Wakaf Di Negara Brunei
dc.subjectHarta Wakaf Di Negara Brunei
dc.subjectCharitable uses
dc.subjecttrusts
dc.subjectand foundations (Islamic law)-Brunei
dc.titlePengurusan Dan Pembangunan Harta Wakaf Di Negara Brunei Darussalam
dc.typeTheses
dc.format.pages594
dc.identifier.callnoBP158.W26 .N646 2013
dc.identifier.barcode000529
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75146+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
50.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.