Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487642
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zainab Ismail, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Elmi Baharuddin (P44816) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:06:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:06:57Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75145 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487642 | - |
dc.description | Kecerdasan ruhaniah merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia yang mempunyai kecerdasan ruhaniah akan sentiasa memikirkan kehidupan yang seimbang di dunia dan akhirat. Perjalanan hidup dari bayi, remaja, dewasa dan tua penuh dengan cabaran terutamanya kepada warga tua. Warga tua hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam mengamalkan amalan agama secara sempurna. Bagaimanapun, situasi ini memerlukan satu medium untuk mengetahui hubungan kecerdasan ruhaniah mereka dengan amalan agama. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji konsep kecerdasan ruhaniah dalam Islam, mengenalpasti perlaksanaan aktiviti agama, menganalisis demografi sosial dan menganalisis hubungan kecerdasan ruhaniah dengan amalan agama warga tua di Rumah Kebajikan. Kaedah kajian yang dipilih ialah kajian kes. Seramai enam orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan dan enam orang warga tua dari Kompleks Warga Emas Al- Jenderami, Banting, Selangor telah dipilih secara mudah sebagai peserta kajian. Di samping itu, seramai empat orang pakar dalam bidang kecerdasan ruhaniah telah dipilih secara bertujuan sebagai informan. Penentuan bilangan peserta kajian adalah berasaskan kepada ketepuan analisis data. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual berstruktur, temu bual tidak bersruktur dan pemerhatian. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan kecerdasan ruhaniah dalam Islam adalah kecerdasan beragama yang berkaitan dengan ruh, hati, jiwa, dan akal fikiran manusia. Manusia yang mempunyai kecerdasan ruhaniah akan sentiasa berserah diri kepada Allah. Selain itu, warga tua telah melaksanakan pelbagai aktiviti agama di Rumah Kebajikan dengan baik. Dari segi demografi sosial warga tua di Rumah Kebajikan, kajian ini menunjukkan majoriti warga tua adalah berumur antara 60 - 80 tahun, berpendidikan sekolah rendah, mempunyai sanak saudara antara 4 - 18 orang adik beradik, pernah berkahwin, memiliki tempoh perkahwinan antara 23 - 50 tahun, pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta serta tempoh menetap di Rumah Kebajikan adalah antara 1 - 6 tahun. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat konsep kecerdasan ruhaniah menurut perspektif warga tua. Selain itu, domain kecerdasan ruhaniah didapati mempunyai hubungan dengan amalan agama warga tua di Rumah Kebajikan. Kajian ini juga mendapati terdapat dua jenis kompetensi dalam kecerdasan ruhaniah iaitu kompetensi kerohanian dan kompetensi kematangan. Implikasi kajian ini mampu membentuk personaliti Ulul Albāb dalam kalangan warga tua khususnya dan masyarakat Islam amnya.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kecerdasan Ruhaniah Warga Tua Di Rumah Kebajikan | |
dc.subject | Amalan Agama Warga Tua Di Rumah Kebajikan | |
dc.subject | Older Muslims-Spiritual life | |
dc.title | Kecerdasan Ruhaniah Dan Amalan Agama Warga Tua Di Rumah Kebajikan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 326 | |
dc.identifier.callno | BP188.18.O43 .E44 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000531 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75145+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.