Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487640
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainab Ismail, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNor Salimah Abu Mansor (P29946)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:56Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:56Z-
dc.date.issued2013-09-17-
dc.identifier.otherukmvital:75143-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487640-
dc.descriptionPenghayatan agama adalah penghayatan iman dan amal dalam seluruh aspek kehidupan. Justeru, penghayatan agama menjadi tanggungjawab setiap Muslim yang mukalaf termasuk golongan orang kurang upaya. Orang kurang upaya merupakan golongan yang mengalami kecacatan tertentu dan tidak dapat menjalani kehidupan secara normal. Daripada perspektif Islam, orang kurang upaya wajib menunaikan tanggungjawab syarak seperti manusia normal lain, selagi mereka mukalaf iaitu berakal dan baligh. Statistik orang kurang upaya berjumlah 359, 203 orang yang dilaporkan pada tahun 2011 memberi justifikasi bahawa aspek agama golongan ini wajar diberikan perhatian oleh semua pihak. Berdasarkan perspektif dakwah, penghayatan agama orang kurang upaya merupakan refleksi daripada aktiviti dakwah yang dilaksanakan terhadap mereka. Namun begitu, sehingga kini kajian penghayatan agama orang kurang upaya masih belum diteroka kerana kajian-kajian penghayatan agama setakat ini secara keseluruhannya melibatkan manusia normal. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap penghayatan agama orang kurang upaya di Terengganu, mengkaji konsep penghayatan agama dan konsep orang kurang upaya menurut perspektif Islam, mengenalpasti aktiviti-aktiviti dakwah untuk meningkatkan penghayatan agama orang kurang upaya dan meninjau faktor paling berpengaruh ke atas tahap penghayatan agama orang kurang upaya di Terengganu. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 157 orang kurang upaya penglihatan dan orang kurang upaya pendengaran dipilih sebagai responden secara rawak mudah daripada populasi seramai 315 orang kurang upaya yang menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) di Terengganu. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensi (korelasi dan regresi berganda). Manakala penganalisisan data kualitatif dilakukan dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tahap penghayatan agama orang kurang upaya penglihatan berada pada tahap tinggi, manakala tahap penghayatan agama orang kurang upaya pendengaran berada pada tahap sederhana. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya perkaitan yang signifikan dan positif antara 13 pemboleh ubah bebas dengan tahap penghayatan agama. Analisis regresi stepwise pula menunjukkan tiga daripada pemboleh ubah tersebut merupakan faktor yang paling menyumbang secara signifikan kepada penghayatan agama iaitu sebanyak 73 peratus (R2 = 0.73). Sumbangan utama kajian ini kepada disiplin dakwah adalah pembentukan instrumen pengukuran penghayatan agama orang kurang upaya dan penghasilan Model Penghayatan Agama Orang Kurang Upaya daripada Perspektif Dakwah. Kajian ini mempunyai implikasi kepada penggunaan pendekatan dakwah bagi meningkatkan penghayatan agama orang kurang upaya berasaskan pemindahan ilmu menerusi dakwah bi al-lisan dan dakwah bi al-hal.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeople with disabilities -- Religious aspects -- Islam-
dc.titlePenghayatan Agama Orang Kurang Upaya Di Terengganu Daripada Perspektif Dakwah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages418-
dc.identifier.callnoBP188.18.P46 .N647 2013-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75143+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.