Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487635
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Kamal Mujani, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Anisah Bahyah Hj. Ahmad (P40404) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:06:52Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:06:52Z | - |
dc.date.issued | 2014-06-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74828 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487635 | - |
dc.description | Perkembangan Islam di Nusantara mempunyai pengaruh yang besar terhadap seni bina tempatan sebagaimana dapat dilihat pada peninggalan bangunan seperti masjid-masjid yang masih kekal dan berfungsi sehingga hari ini. Pengaruh yang datang dari luar itu, terutamanya dari China dan India, dan budaya tempatan telah mencorakkan seni bina tempatan yang tersendiri, termasuklah dalam seni binaan masjid. Ini dapat dilihat dalam empat buah masjid terpilih dalam kajian ini, iaitu Masjid Peringgit (1720 Masihi), Masjid Tengkera (1728 Masihi), Masjid Kampung Hulu (1728 Masihi) dan Masjid Kampung Keling (1748 Masihi). Namun, sejauh mana pengaruh luar tersebut mempengaruhi reka bentuk masjid tempatan ini menjadi persoalan penting dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menilai konsep seni bina Cina dan India secara khusus yang mempengaruhi seni bina masjid tersebut termasuk ciri-cirinya, di samping mengenal pasti faktor-faktor lain yang berkaitan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menumpukan terhadap kajian lapangan. Untuk mendapatkan maklumat dan data dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Ketiga-tiga kaedah ini diguna pakai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian ini dengan lebih tepat. Hasil kajian mendapati bahawa seni bina masjid tradisional di Melaka sememangnya dipengaruhi oleh ciri-ciri seni bina Cina dan India. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan penemuan penulis terhadap seni bina Masjid Demak di Jawa dan Masjid Kampung Laut di Kelantan yang mempunyai ciri-ciri yang serupa. Antara pengaruh seni bina Cina dan India yang boleh diperhatikan itu ialah pada struktur bangunan dan reka bentuk seperti pada bahagian bumbung, menara dan dekorasi. Ini menggambarkan bahawa masyarakat setempat telah terdedah dengan pengaruh budaya Cina dan India yang akhirnya mempengaruhi pemikiran mereka yang dapat dilihat dalam reka bentuk masjid tersebut. Ini juga membuktikan bahawa masyarakat setempat bersikap terbuka terhadap budaya luar dan ini menepati teori ketamadunan itu sendiri iaitu sesuatu tamadun itu bersifat universal. Interaksi antara budaya ini juga telah mewujudkan masyarakat yang berteloransi dalam kehidupan beragama berdasarkan kepada lokasi rumah ibadat yang saling berdekatan antara satu sama lain. Hal ini memungkinkan wujudnya ciri-ciri persamaan dalam seni bina walaupun mereka berbeza agama.,PhD | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pengaruh seni bina | |
dc.subject | Pengaruh seni bina China | |
dc.subject | Pengaruh seni bina India | |
dc.subject | Reka bentuk masjid | |
dc.subject | Melaka | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Mosques--Malaysia--Melaka | |
dc.title | Pengaruh seni bina China dan India terhadap reka bentuk masjid di Melaka | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 326 | |
dc.identifier.callno | NA4670 .A54 2014 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74828+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.