Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487599
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zakaria Stapa, Prof. Dato' | - |
dc.contributor.author | Nozira Salleh (P47274) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:06:23Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:06:23Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:82001 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487599 | - |
dc.description | Ajaran Inayat Khan merupakan salah satu ajaran kerohanian yang muncul pada abad kedua puluh di Barat dengan bermatlamatkan untuk menyatupadukan dan mengharmonikan semua manusia di bawah satu ajaran kerohanian. Ia adalah ajaran yang mengandungi campuran doktrin dan amalan daripada agama-agama utama seluruh dunia. Ajaran ini kian mendapat perhatian di Barat dan di negara Islam seperti Indonesia, Pakistan, Turki dan lain-lain lagi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang doktrin dan amalan ajaran Inayat Khan melalui tulisan-tulisan dan pergerakanpergerakan ajaran beliau seperti the International Sufi Movement dan Sufis International Order. Ia juga bertujuan untuk menilai konsep kerohanian Inayat Khandengan konsep Tasawuf Islam dan sekali gus, mengetahui kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis kandungan daripada buku-buku Inayat Khan seperti the Dance of the Soul (Gayan, Vadan, Nirtan), the Sufi Message of Hazrat Inayat Khan I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, X, XI, XII dan juga buku-buku yang berkaitan dengan ajarannya. Di samping itu, ia juga melibatkan kaedah kajian kualitatif lain iaitu observasi dan temubual. Pendekatan observasi pasif dan temubual tidak berstruktur digunakan juga dalam kajian ini dengan menyertai program Summer School 2011, yang telah dianjurkan oleh pergerakan the International Sufi Movement di Katwijk. Semua data yang telah diperoleh telah dianalisis dengan sewajarnya dan dibandingkan dengan kitab-kitab muktabar daripada ulama-ulama Tasawuf Islam yang terkenal seperti al-Lumaʻ oleh Sirāj al-Tūsī, Iḥyā’ 'Ulūm al-dīn oleh ˈImām al-Ghazālī, al-Risālah al-Qushairiyyah oleh al-Qushairī, al-Haqā'iq al-Taṣawwuf oleh ‘Abdul Qādir ‘Īsā dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati semua doktrin dan amalan dalam ajaran kerohanian Inayat Khan ini terbina daripada unsur-unsur tertentu daripada agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Zoroaster. Manakala kecenderungan ajarannya pada agama Islam adalah disebabkan oleh sejarah kehidupan Inayat Khan yang berasal daripada keluarga Islam, pernah berguru dengan guru kerohanian Islam iaitu Abu Hasyim Madani dan pernah mengikuti tarekat Naqshabandiyyah, Qadīriyyah, Suhrawardiyyah dan Chistiyyah. Ajarannya dapat dinyatakan sebagai sebuah ajaran kerohanian yang bertentangan dengan Tasawuf Islam, atau boleh disifatkan sebagai ajaran kerohanian liberal, yang mana ia bercanggah dengan agama Islam. Justeru itu, kajian ini dapat memberi sumbangankepada umat Islam dengan menjadikannya satu panduan dalam membentuk kefahaman umat Islam secara jelas terhadap ajaran kerohanian yang dibenarkan dantidak dibenarkan oleh Syariat Islam.,Phd | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Inayat Khan | - |
dc.subject | Tasawuf Islam | - |
dc.subject | Sufism | - |
dc.title | Ajaran Inayat Khan: satu analisis berasaskan konsep tasawuf Islam | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 407 | - |
dc.identifier.callno | BP189.N649 2015 | - |
dc.identifier.barcode | 001570 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82001+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 45.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.