Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487598
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Dahlan Salleh, Dr.
dc.contributor.authorRahisam Ramli (P69576)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:06:22Z-
dc.date.available2023-10-11T08:06:22Z-
dc.date.issued2022-06-07
dc.identifier.otherukmvital:130437
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487598-
dc.descriptionSalah satu produk pembiayaan rumah di perbankan Islam masa kini ialah Mushārakah Mutanāqiṣah. Ia merupakan cuqūd mustajiddah yang dibentuk melalui al-Takyīf al-Fiqhiyy sejajar dengan perkembangan semasa. Ia mengandungi kontrak utama iaitu Mushārakah dan kontrak sokongan seperti Bayc, Wacd, Wakalah, Ijārah, Ijārah Mawṣūfah Fī Dhimmah atau Ijārah Muntahiyah Bi al-Tamlīk. Sepanjang pelaksanaan Mushārakah Mutanāqiṣah telah mencetuskan isu-isu syariah dari aspek shirkat dan isu operasional seperti pemindahan ekuiti dan pengurusan risiko. Teras kepada isu-isu tersebut kerana keperluan melakukan modifikasi Mushārakah Mutanāqiṣah untuk menyesuaikan dengan pelbagai risiko yang wujud dalam Mushārakah Mutanāqiṣah. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti perkembangan dan pengamalan Mushārakah Mutanāqiṣah sebagai kontrak pembiayaan perumahan Islam. Selain itu kajian ini juga untuk menganalisis isu-isu syariah dan hubungannya dengan keperluan modifikasi amalan kontrak Mushārakah Mutanāqiṣah. Seterusnya kajian ini bertujuan mencadangkan sebuah modifikasi kontrak Mushārakah Mutanāqiṣah agar dapat memberi kesan dari aspek operasi dan kriteria syariah berasaskan penyesuaian fiqh semasa. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes pendekatan kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan teknik Triangulasi Sumber Data yang terdiri dari sumber rujukan fiqh, artikel jurnal, Dokumen Polisi dan Garis Panduan Mushārakah Mutanāqiṣah oleh industri dan set soalan temu bual separa struktur bersama tujuh informan yang terdiri daripada Ahli Majlis Penasihat Syariah (1), Peguam Syariah (1), Ketua Unit Takaful (1), Ketua Jabatan Syariah (3) dan Ketua Bahagian Operasi Perbankan Islam (1). Semua informan dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan selari dengan objektif temu bual mengenai amalan Mushārakah Mutanāqiṣah dalam industri perbankan Islam masa kini. Analisis triangulasi sumber data dilakukan dengan bantuan perisian ATLAS.ti versi 8.4.26. Analisis kandungan digunakan untuk melihat hubungan antara kod-kod data yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati Mushārakah Mutanāqiṣah telah melalui perkembangan dan pengamalan dari kontrak tradisional kepada Mushārakah kontrak baharu dengan pelbagai gabungan kontrak. Kajian juga menunjukkan isu-isu syariah masih banyak diperbahasakan hingga memerlukan sebuah modifikasi Mushārakah Mutanāqiṣah dibentuk secara khusus. Bagi merealisasikan modifikasi Mushārakah Mutanāqiṣah terdapat dua tema utama iaitu kaedah operasi dan kriteria syariah dibentuk. Kedua-dua tema utama dihasilkan menerusi teori-teori kaedah fiqh, teori al-Takyīf al-Fiqhiyy dan fiqh muamalat yang menjadi pertimbangan ke arah pembentukan modifikasi amalan Mushārakah Mutanāqiṣah sebagai kontrak pembiayaan perumahan di industri perbankan Islam Malaysia. Implikasi kajian ini boleh dijadikan panduan kepada ahli akademik mahupun industri dalam memperkasakan kontrak Mushārakah Mutanāqiṣah untuk pembiayaan perumahan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPartnership (Islamic law)
dc.subjectBanks and banking -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleModifikasi kontrak musharakah mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan secara Islam di industri perbankan Islam Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages360
dc.identifier.callnoBP158.P3R334 2022 tesis
dc.identifier.barcode006784(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130437+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.