Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487594
Title: Pembinaan instrumen ujian penguasaan Balaghah (UPBAL) peringkat pengajian tinggi di Malaysia
Authors: Shuhaida Hanim Mohamad Suhane (P81784)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Arabic language -- Rhetoric
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Sep-2022
Description: Kajian mendapati proses pengujian dan pentaksiran Balaghah peringkat pengajian tinggi tidak mengukur aspek pengukuran pendidikan secara komprehensif. Ujian yang dibangunkan tidak mengikut spesifikasi pakar dan mengabaikan aspek aplikasi pelajar, selain kesukaran mengukur tahap tazawwuq balaghi pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membangunkan instrumen Ujian Penguasaan Balaghah (UPBal). Objektif kajian ini adalah bertujuan menghurai proses pembinaan instrumen Ujian Penguasaan Balaghah (UPBal) dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menggunakan analisis model pengukuran Rasch. Kajian ini menggabungkan metode kualitatif dan kuantitatif. Rekabentuk kajian berorientasikan model kajian pembangunan dan pengesahan instrumen, melibatkan 3 fasa kajian iaitu fasa rekabentuk dan pembangunan konstruk UPBal, fasa pembinaan instrumen UPBal, dan fasa pengesahan instrumen UPBal. Sampel melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengickuti ijazah sarjana muda bahasa Arab di Malaysia dan telah mengambil kursus Balaghah yang meliputi 3 sub bidang al-Macani, al-Bayan dan al-Badic. Kajian rintis ditadbir kepada 30 orang pelajar, manakala kajian sebenar pula melibatkan 170 orang pelajar yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan secara atas talian mengikut sesi yang ditetapkan. Data dianalisis menggunakan model pengukuran Rasch bagi data dikotomi melalui perisian winstep versi 5.0.1. Dapatan kajian pembinaan instrumen menunjukkan bahawa instrumen UPBal dibina mengikut susunan dimensi dan atttribut berdasarkan model kajian pembinaan instrumen. Dimensi dipilih berdasarkan sub-bidang iaitu al-Macani, al-Bayan dan al-Badic. Manakala attribut dipilih berdasarkan domain kognitif Taksonomi Bloom (versi revisited Krathwohl 2001). Dapatan analisis model pengukuran Rasch menunjukkan bahawa kesemua 65 item UPBal mencapai kesemua aspek andaian Rasch. Kebolehpercayaan item adalah tinggi iaitu 0.97, tahap kesepadanan item juga mencapai nilai MNSQ 0.5 - 1.5. Indeks pengasingan item juga mencapai nilai cemerlang iaitu 6.14 dan menunjukkan bahawa tebaran item adalah mencukupi. Instrumen ini menyumbang sebagai alat ukur pengujian Balaghah, menepati ciri psikometriks dan kriteria pengukuran Balaghah serta disaran untuk digunakan sebagai alat ukur penguasaan Balaghah peringkat pengajian tinggi.,Ph.D
Pages: 285
Call Number: PJ6696.Z5R45865 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130163+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
842.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.